in

Tengok Footage Anak Autism Dipukul, Ibu Anggap Alasan Pengasuh Tak Masuk Akal

Ft Pusat Jagaan Berkasar Dengan Anak Autism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki cahaya mata autism tidak dinafikan memang agak mencabar bagi ibu bapa, namun anak istimewa ini juga manusia biasa yang perlu dilayan dengan baik biarpun mereka ini ‘istimewa’ berbading anak-anak lain.



Hati ayah mana yang tak terguris apabila melihat anak syurga ini dikasari teruk oleh pengasuh di pusat jagaan, apatah lagi apabila ianya khusus untuk anak-anak autistik seperti anak kepada Tengku Aminuddin Syafiq ini.

 

Alasan sebab anak tak nak makan

Semalam video yang dikongsikan oleh Tengku Aminuddin mendapat perhatian netizen yang memperlihatkan anaknya dikasari oleh seorang pengasuh ketika nak bagi makan.

Menyaksikan rakaman daripada CCTV itu, Tengku Aminuddin Syafiq meluahkan rasa terkilan dan marah kerana tempat penjagaan yang di hantar anaknya di sekitar kawasan Ampang itu memang khusus untuk anak-anak austistik. Katanya, kejadian ini berlaku pada 1 Oktober lepas.

Pusat Jagaan Berkasar Dengan Anak Autism 4

“Ia memang tak boleh diterima dan kami dah hilang kepercayaan untuk hantar anak-anak kami di mana-mana pusat jagaan. Anak saya Tengku Noah merupakan kanak-kanak autistik dan sebab kami hantar dia ke pusat itu kerana reputasi disitu.”

Pusat Jagaan Berkasar Dengan Anak Autism 3

Katanya dengan melihat reputasi yang diberikan dari sudut kemampuan, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ditonjol membuatkan mereka letak kepercayaan yang tinggi untuk menjaga anaknya sebelum ini dengan harapan anaknya selama dan dijaga dengan rapi.

Tambahnya, sebelum ini memang ada perasan kesan lebam tapi Tengku Amiduddin anggap ia adalah punca daripada anaknya sendiri kerana telalu aktif, namun…

“Saya sebelum ini berasan ada kesan lebam di tubuh badan dan muka dan saya selalu sangka baik yang mungkin Noah ini terlalu aktif disekolah, mungkin terhantuk kat dinding. Kami memang percaya pusat penjagaan tu.”

Pusat Jagaan Berkasar Dengan Anak Autism 5

“Namun lepas ambil dia balik dari sekolah, apabila kami nampak ada ‘bekas’ dekat belakang badan anak saya, kami tahu yang ini memang bukan sebab dia sendiri, ini macam satu paksaan. Alasan kamu sebab anak saya tak nak makan memang tak masuk akal.”

Perkongsian daripada Instagram miliknya ini telah mengundang kemarahan netizen apabila melihatnya dan rata-rata netizen mengutuk sekeras-keras tindakan pengasuh itu. Bagaimanapun, laporan telah dibuat keatas pelaku.

Terkini Pelaku telah ditahan polis, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya setakat ini mengambil keterangan dua saksi berhubung kejadian itu, lapor Utusan.

 

Baca : “Kena belajar seni mempertahankan diri” – Norland College: Pengasuh Paling Mahal Di Dunia Dilatih Di Sini

F1 Norland College

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.