in

Terj*tuh Dari Tingkat 13 Apartmen, Budak Lelaki Berusia 9 Tahun Ditemui M*ut Di Ampang

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ditemui maut akibat terjatuh di sebuah apartmen di Taman Cahaya Ampang, malam semalam.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis Daerah Ampang Jaya sekitar jam 7.45 malam Ahad, 31 Mei 2026.


Menurut Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, maklumat awal yang diterima daripada seorang wanita yang menemui jasad seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berhampiran sebuah apartmen di lokasi berkenaan.

Artikel berkaitan: “Mangsa pelajar cemerlang SPM” – Remaja M*ut Kemalangan Dirempuh Kereta, Tiang JKR Terkena Kepala

Artikel berkaitan: Kes L*nggar Pelajar Depan Sekolah: Pemandu Van 61 Tahun Mengaku Tidak Bersalah, Lesen Memandu Digantung Serta-Merta

Di dalam satu kenyataan hari ini, Penolong Perubatan daripada Hospital Ampang mensahkan kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun itu meninggal di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lingkungan sembilan tahun disyaki terjatuh dari tingkat 13 apartmen berkenaan.”- katanya

Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan awal mendapati mangsa berada di rumah berseorangan pada waktu kejadian berlaku.

Beliau juga berkata, pihak mereka telah memperoleh lima keterangan melibatkan ibu bapa, keluarga mangsa dan juga saksi awam.

“Bedah siasat ke atas mangsa dijalankan pada jam 9 pagi tadi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu sama ada wujud unsur kecuaian atau pengabaian daripada pihak yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu.”- katanya

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Sumber: Berita Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.