in

“Kena belajar seni mempertahankan diri’- Norland College: Pengasuh Paling Mahal Di Dunia Dilatih Di Sini

F1 Norland College

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukakan bayi dan kanak-kanak? Ada berita baik untuk anda. Menurut Oddity Central, terdapat sebuah kolej elit khas di United Kingdom yang melatih pelajarnya untuk menjadi pengasuh kanak-kanak yang termahal di dunia! Memang sambil menyelam minum air ni sebab korang boleh buat kerja yang korang suka dan pada masa yang sama, gaji pun bukan biasa-biasa. 


Difahamkan, Norland College yang terletak di Bath, England ini sebenarnya berpengalaman luas dalam melatih pengasuh yang elit sebab ianya telah diasaskan pada tahun 1800 lagi.

Norland 2

Difahamkan, apabila mereka mula bekerja, gaji mereka boleh mencapai sehingga $170,000 setahun (kira-kira RM720,460). Namun, gaji mereka ni berpatutan sebab mereka bukan sahaja kena belajar memasak dan menjahit, mereka juga perlu belajar seni mempertahankan diri. Barulah dorang boleh protect baby tu dengan selamat kan. 

Pelajar yang belajar untuk menjadi babysitter atau nanny di kolej ini juga perlu belajar cara untuk menangani tantrum si kecil selama empat tahun pengajian mereka. Dengar kata, kemahiran keselamatan siber pun dorang kena ada jugak tau. 

Another exciting chapter in our almost 130-year history!We're delighted to announce that we can now take students of…

Posted by Norland College on Wednesday, June 9, 2021

Untuk pengetahuan semua juga, kolej khas untuk melatih pengasuh ini dibuka sebab pada waktu dulu-dulu belum ada lagi sekolah latihan khas untuk menjaga kanak-kanak jadi, tercetuslah idea untuk bina sebuah institusi khas untuk tujuan terbabit oleh pengasasnya, Emily Ward. Kehebatan kolej ini kekal sehingga ke hari ini.

Namun, kalau dah namanya pun kolej elit, sudah semestinya yuran pengajian pun tinggi. Ada yang kata yuran di kolej ni adalah lebih mahal daripada yuran di Universiti Oxford. Fuh, berpeluh nak bayar ni. 

Posted by Norland College on Thursday, July 1, 2021

Kerja selepas habis belajar juga boleh dikatakan dah menunggu pelajar sebab selalunya keluarga orang kaya di sekitar London memang mahukan golongan ni yang jaga anak-anak mereka.

Selain itu, menurut Daily Star, pengasuh keluarga diraja Britain iaitu Putera William dan Kate Middleton juga telah mendapat latihan di Norland College ini. Jadi, memang hebat la lepasan kolej ni sebab bukan senang nak dapat kepercayaan keluarga diraja untuk jaga putera dan puteri mereka. 

Boleh tengok video dari Business Insider ni untuk lebih informasi tentang cara pelajar kolej ini belajar.

Tunggu apa lagi, kalau korang minat nak jadi nanny yang hebat dalam serba-serbi, boleh la cuba apply di kolej ni. 

Sumber: Oddity Central, YouTube Business Insider, Facebook Norland College  

Baca: Gitaris Baik Hati Guna Gaji Pertama Untuk Biaya Umrah Pengasuh Yang Menjaganya Selama 24 Tahun

Babysitter Norland 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.