in

“Tembus siling & landing dekat dengan bantal” – Nenek Nyaris Ditimpa Batu Metor Seberat 1.27kg Ketika Tidur

Batu Meteor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas sedang nyenyak tidur di rumahnya sebelum terjaga gara-gara anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak dan terdengar bunyi seakan satu letupan. Ternyata, siling kediamannya bocor selepas sebuah batu meteor terjatuh dan mendarat berhampiran bantal tidurnya.



26808373 Web1 211014 Gos Meteor 1 E1634352075349

New York Times melaporkan, Ruth Hamilton, 66, pada mulanya bersangka ada pokok sudah terjatuh di atas bumbung rumahnya. Namun begitu, ketika sedang menelefon talian kecemasan, wanita terbabit perasan ada satu objek seperti arang batu berada berhampiran bantal tempat dia tidur sebentar tadi.

Hamilton akhirnya diberitahu bahawa objek yang jatuh di atas rumahnya sehingga membocorkan siling adalah batu metor seberat 1.27 kilogram.

“Ia sangat tak masuk akal! Saya susah nak percaya benda macam ni terjadi pada saya jadi saya selalu masuk bilik dan tengok lubang di atas siling, tempat dimana batu itu jatuh dan hampir menimpa saya,” katanya. 

0 Shocked Woman Wakes Up To Hole In Her Roof And Space Rock Next To Her Head E1634352105446

Terang Hamilton lagi, dia tak mampu untuk menyambung tidurnya pada malam itu dan menghabiskan masa duduk di atas kerusi sambil minum teh. Berita mengenai batu meteor berkenaan pada mulanya tidak diceritakan pada umum namun, Hamilton akhirnya membuat keputusan untuk melaporkannya kepada para pengkaji di University of Western Ontario.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan pada malam batu meteor terbabit hampir menimpa Hamilton ketika tidur, penduduk di sebuah bandar 440 batu daripada timur Vancouver, Kanada melaporkan ada terdengar dua bunyi letupan kuat yang disusuli dengan penampakan bebola api di langit.

 

Sumber: New York Times

Baca: Tuah Tukang Keranda Jadi Jutawan ‘Instant’ Lepas Batu Meteor Berusia 4.5 Bilion Tahun Jatuh Dalam Rumah!

Meteor3 E1612591648477

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.