in

Tuah Tukang Keranda Jadi Jutawan ‘Instant’ Lepas Batu Meteor Berusia 4.5 Bilion Tahun Jatuh Dalam Rumah!

Meteor3 E1612591648477

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini baru betul duit jatuh dari langit.”

Tuah seorang pembuat keranda di utara Sumatera, Indonesia, hidupnya terus berubah selepas seketul batu meteor jatuh dalam rumah yang menembusi atap.


Josua Hutagalung, 33 tahun menceritakan semula semasa ‘tuahnya’ terhempas. Katanya, ketika meteor tersebut jatuh, dia sedang membuat keranda berhampiran kawasan rumah sebelum terdengar dentuman kuat dipercayai datang dari rumahnya.

Masa tu saya tengah buat keranda berdekatan jalan raya di depan rumah, kemudian terdengar bunyi benda terhempas di atas bumbung yang membuatkan rumah saya bergegar, seolah-olah pokok menghempap atas rumah.”

Terkejutnya dia, rupanya batu meteor yang jatuh di rumahnya dan terbenam sedalam lebih kurang 6 inchi.

Meteor4

Isteri Josua turut membantu dalam usaha untuk mengeluarkan batu meteor seberat 2.26kg tersebut.

Ketika saya mengangkatnya, batu itu masih terasa hangat.”

 

Meteor tersebut dipercayai berusia 4.5 bilion tahun & dibeli dengan harga RM7.6 juta!

Menurut DailyStar, batu meteorit tersebut diklasifikasikan sebagai CM1/2 karbonat chondrite, penemuan yang sangat rare, ia dipercayai antara batuan terawal untuk menghasilkan kehidupan di sistem suria.

Meteor tersebut dibeli oleh seorang pakar meteorite, Jared Collins, yang sedang bertapak di Bali Indonesia dengan harga RM7.6 juta.

Handphone saya berbunyi tanpa henti menyuruh saya membelinya dengan segera. Kemudian saya bawa duit sebanyak yang mungkin dan mencari Josua untuk merunding harga.”

Selesai selesai urusan jual beli, Jared menghantarnya ke Amerika Syarikat. Kini ia adalah sebahagian dari koleksi Jay Piatek, seorang doktor dan pengumpul batu meteor dari Indianapolis.

Min tak berangan min tak berangan…

 

Baca : Tuah Pekerja Burger King Dapat Tips RM123,000 Dari Rapper Terkenal, 50 Cent!

Meteor5

Sumber: dailystar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.