in

Teksi Lagi Murah Dari Grab!

Murah Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jeng jeng jeng! Kalau ditanya sama ada Grab atau teksi, mana satu pilihan anda, mesti ramai yang jawab Grab sebab murah plus senang je nak dapatkannya melalui apps. Tapi tahukah korang Grab yang dulu bukan Grab sekarang?


Menurut Free Malaysia Today, lepas 3 bulan Grab mengambil alih Uber, ramai pelanggan complain yang perkhidmatan ni dah makin mahal saban hari. Ehhh biar betul ni? 

Grab Car Reuters 1
sumber: fmt

Malah laporan jugak menunjukkan, Grab lebih mahal daripada perkhidmatan awam teksi yang dikatakan separuh harga lebih murah daripada harga yang ditawarkan Grab.

Menerusi kajian yang dilakukan FMT, one-way trip yang mengambil masa 10 minit (lebih kurang 5km) hanya berharga RM7 kalau korang menggunakan teksi. Tapi Grab pulak menawarkan harga RM14 bagi trip sejauh 5km tersebut.

Dalam pada tu, teksi jugak lebih murah untuk trip yang mengambil masa 30 minit kalau dibandingkan Grab dengan jangka masa yang sama. Pemandu yang ditemubual memaklumkan bahawa banyak pelanggan complain servis Grab makin lama makin mahal kerana demand terhadap perkhidmatan tu makin tinggi. Aikk larilah pelanggan kalau macam tu kan? 

F34F
gambar hiasan

Pelanggan tak ada lain juga menyalahkan penggabungan Uber dan Grab sebagai punca kepada kenaikkan harga ni sebab Grab dah takde competitor lagi, serta ramai antara pengguna teksi dah beralih kepada servis yang lebih murah dan memudahkan macam Grab.

Selain tu, pemandu teksi jugak memaklumkan yang mereka tak lagi susah nak mendapatkan pelanggan kerana ada peningkatan pelanggan pada tahun ni. Namun bagi pemandu Grab pula, mereka menganggap penurunan pelanggan ni disebabkan kurang driver yang mahu bekerja dengan Grab pulak. Hmm macam-macam! 

“Apa yang Grab buat ialah dengan membenarkan pemandu mereka caj harga yang lebih tinggi untuk menarik lebih banyak orang memandu dengan Grab,” kata Nik Mohamad, pemandu Grab.

50A73837 794A 48A7 B0D0 3D73Eb1De410 169
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, jurucakap Grab berkata, naik turun harga Grab ni bergantung kepada keperluan pelanggan semasa waktu puncak dan trafik yang tinggi terhadap servis tu.

“Mungkin ada kekurangan kereta yang boleh didapati di satu kawasan tu. Kami amat menghargai pelanggan kami oleh kerana kesabaran dan maklum balas mereka yang berterusan di mana kami akan melihat kepada pelbagai pilihan untuk pastikan keseimbangan,” katanya.

Emm korang still nak naik Grab ataupun kembali kepada perkhidmatan teksi? Kongsikan dengan kami pilihan anda! 

Baca: Siapa Penumpang Misteri Dalam Grab?

Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.