in

“Teksi KL ni sangat terkenal, sebagai antara paling teruk dalam dunia…”

Teksi Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral dekat media sosial baru-baru ni tentang sekumpulan pemandu teksi buat ‘demo’ dekat depan pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya. Katanya, mereka nak bantah rancangan kerajaan menjadikan Grab sebagai kenderaan pengantara di stesen MRT.


Ketika ‘demo’ tu, mereka menuntut untuk bersemuka dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam tempoh 24 jam.

Teksi 1

Teksi 2
sumber: malaysiakini

Rakyat yang ikut perkembangan semasa tentang isu ni ramai yang bagi komen masing-masing dekat media sosial. Rata-rata ceritakan pengalaman menggunakan teksi dulu mahupun sekarang.

Antara yang terpanggil untuk komen isu ni adalah tweet famous, Faizal Hamssin. Tweet Faizal malah dapat perhatian ramai hingga di retweets lebih 3,200 pengguna lain yang bersetuju dengan apa yang dia ceritakan tu.

“10 tahun lalu, dekat Curve. Saya tengah mencari teksi. Pemandu letakkan harga yang tak masuk akal dan taknak gunakan meter.”

Teksi
gambar hiasan

Disebabkan perangai pemandu tu, Faizal buat keputusan untuk cari teksi yang lain je. Yelah, dah ada meter taknak guna pulak!

“Takpelah saya cari teksi lain. Bukan korang kena pakai meter ke?”

Pemandu teksi tu kemudian menjawab balik,

Tu undang2 manusia, bukannya undang2 Allah pun.”

Eh main sentimen Tuhan pulak….

What Gif By Wiz Khalifa

Kata Faizal lagi, zaman dulu teksi ‘memerintah’. Sebabnya, kita tak ada pilihan lain. Jadual bas yang tak tentu, tiada MRT, tiada Grab dan sebagainya.

Nak dapat teksi pun susah. Kalau bertuah, dapatlah pemandu yang jujur. Tapi, selalunya nasib kita malang dan dapat pemandu yang tak beretika. Memandulah satu-satunya cara untuk ke mana-mana suatu ketika dulu.

For so long, pemandu teksi akan gunakan kita. Kita takde alternatif lain yang lebih mudah. Kita ditipu, banyak kali.

“Sekarang ni, dah ada Grab, bas percuma, MRT dan sebagainya – kita dah tak perlukan mereka (teksi) seperti dulu lagi. Dan connectivity dah bertambah baik untuk kita semua.”

Pemandu 2
gambar hiasan

“Teksi Kuala Lumpur sangat terkenal, sebagai yang paling teruk dalam dunia. Kamu mesti sangka yang teksi akan improve servis mereka dan bangkit untuk survive disebabkan peningkatan servis e-hailing.

“Tapi sama je, pi mai pi mai tang tu jugak. Macam dinosaurs la, mereka akan pupus tak lama lagi. Tapi mereka dah ada peluang (untuk improve).”

Ramai pengguna Twitter setuju dengan Faizal dan berkata yang kebanyakan pemandu teksi tak jujur, kurang ajar dan berlagak. Tak lupa juga, ramai yang kongsi experience dorang dengan pemandu teksi.

Komen Teksi
sumber: twitter

Memang tak semua pemandu teksi tu berperangai buruk, masih ada je yang jujur dan ikhlas. Tapi, kalau dah banyak orang share pasal pemandu teksi macam ni, mungkin mereka perlu berubah untuk terus survive cari makan…

Korang pernah kena tipu dengan pemandu teksi? Atau experience situasi lebih kurang sama? Share dengan kitorang dekat komen!

Baca: “Perangai macam ni la grab boleh cari makan ” – Sebab Kenapa Orang Ramai Menyampah Nak Naik Teksi

Grabteksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.