in

“Teksi dan e-hailing operasi seperti biasa”-Perkhidmatan Pengangkutan Awam Akan Dihadkan Dari 6-10 Pagi & 5 Petang-10 Malam

Combine Lrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu, banyak premis dan perkhidmatan lain turut dihentikan buat sementara waktu untuk memberhentikan rantaian jangkitan wabak Covid-19.


Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Yaakob telah mengumumkan semua pengangkutan awam akan beroperasi daripada 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam, lapor Awani.

Ismail Sabri

Namun, perkhidmatan e-hailing dan teksi akan meneruskan perkhidamatan mereka seperti biasa.

Keputusan ini dibuat kerana jumlah penumpang semakin berkurang ketika waktu pejabat. Pada masa yang sama, usaha ini juga dilakukan untuk menjaga social distancing antara orang ramai kerana hal ini sukar dikawal lagi-lagi kalau dalam pengangkutan awam.

Beliau turut menasihati kepada semua pemandu teksi dan e-hailing untuk sentiasa memakai topeng muka dan mematuhi arahan social distancing sepanjang beroperasi.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga mewajibkan semua stesen pam minyak untuk menyediakan hand sanitizer di premis mereka.

Baca : “Bersyukurlah orang Malaysia oi” – Ni Rupanya Realiti Orang Jepn Hadapi Wabak Covid-19

Jepun

 

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.