Negara Jepun terkenal dengan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah. Rakyat mereka pun dikenali sebagai golongan yang sangat bersopan santun. Admin pun teringin nak pergi Jepun.
Namun, kali ini admin nak kongsikan satu sisi gelap orang Jepun dalam menangani wabak Covid-19.
Menurut perkongsian seorang rakyat Malaysia di Facebook, Ahmad Sabri yang tinggal di Jepun, rupanya bilangan kes di Jepun rendah disebabkan ramai rakyat mereka yang tidak disaring walaupun ada yang menunjukkan simptom penyakit.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=255473222147142&id=100030533974105
Selain itu, dengan bilangan kes jangkitan yang sudah mencecah 1,091 kes, rakyat negara matahari terbit itu juga masih dikerahkan untuk ke pejabat dan bekerja seperti biasa.
Mereka takut syarikat dan ekonomi akan runtuh jika tidak bekerja walaupun terpaksa berhadapan dengan virus bahaya ini. Nampaknya, takdenya istilah work from home kat sana.
Ahmad Sabri yang telah tinggal di negara itu selama 10 tahun juga mengatakan bahawa bidang kesihatan di sana juga tidaklah secekap yang diperkatakan. Katanya, hospital di sana lebih mementingkan bisnes daripada sifat kemanusiaan.
Kalau tiada insuran, difahamkan susah sedikit nak diterima sebagai pesakit. Adoi, macam tu pulak.
Jadinya, agak sukar untuk penduduk di sana untuk mendapatkan saringan bagi penyakit Coronavirus. Boleh dikatakan kalau dah cukup kritikal, barulah akan dilayan oleh pihak hospital.
Dalam pada itu juga, kerajaan Jepun tidak mengeluarkan arahan untuk kuarantin kepada rakyatnya yang baru pulang dari mana-mana negara hotspot Covid-19. So, dorang bebas ke mana-mana walaupun dalam keadaan yang agak genting ni.
Rakyat Jepun juga masih lagi berkelah di taman-taman untuk melihat bunga sakura bersempena dengan budaya hanami. Dorang ni tak takut virus korona ke?
Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia semua. Ada baiknya kerajaan kita buat kawalan pergerakan ni.