in

“Simulasi padang mahsyar ke ni?” – Bermasalah Lagi? Pengguna Luah Kecewa Kesesakan LRT Makin Teruk

Lrt Masalah Makin Teruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sekali lagi didakwa mengalami kelewatan sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di beberapa buah stesen pagi ini.

Menerusi beberapa hantaran pengguna LRT di media sosial, difahamkan tren tidak tiba seperti dijadualkan, sekali gus menyebabkan penumpang terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama di platform.


Pengguna mendakwa antara stesen yang terjejas termasuk Masjid Jamek, Dato Keramat, Pasar Seni dan Abdullah Hukum apabila orang ramai terpaksa beratur panjang hingga ke luar pagar stesen.

Situasi sama turut dikongsi beberapa pengguna lain di mana penumpang dilihat terpaksa beratur panjang sehingga ke kawasan tangga akibat kekerapan tren yang tidak menentu.

Screenshot 2026 09 24 112554 Screenshot 2026 09 24 112841

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa dengan situasi waktu puncak di LRT Laluan Kelana Jaya yang didakwa semakin sukar dijangka.

Menurut pengguna itu, gangguan teknikal yang berlaku ketika waktu puncak bukan sekadar menyebabkan kelewatan beberapa minit, malah boleh memberi kesan kepada keseluruhan perjalanan.

Katanya, kelewatan tersebut turut menjejaskan urusan kerja, emosi serta jadual harian pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan LRT.

Malah, pengguna berkenaan menyifatkan kelewatan seperti itu seolah-olah sudah menjadi perkara yang terpaksa diterima sebagai sebahagian daripada norma baharu.

Screenshot 2026 09 24 110307

Dalam pada itu, ada yang berpendapat isu kesesakan LRT juga perlu dilihat berdasarkan keadaan semasa, termasuk usia tren dan jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Katanya, jumlah penumpang LRT Laluan Kelana Jaya pada Julai 2026 sahaja mencecah lebih 8 juta selain jumlah penggunaan yang didakwa sudah melebihi sasaran 109 peratus.

Difahamkan, set tren baharu bagi laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada September 2028. Jadinya, pengguna mungkin perlu berdepan situasi sama untuk tempoh dua tahun lagi.

Screenshot 2026 09 24 114355

Artikel berkaitan: “Kenapa dengan dia?” – Lelaki Berkelakuan Aneh Dalam MRT Buat Ramai Risau

Artikel berkaitan: “Bukan dari komponen tren” – Rapid KL Dedah Punca L*tupan Kecil Di Laluan Kelana Jaya

LRT alami gangguan sistem brek tren

Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan susulan gangguan pada sistem brek sebuah tren berhampiran Stesen Masjid Jamek.

Menurut Rapid KL, sebuah tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Pasar Seni berikutan masalah berkenaan.

Bagaimanapun, tren yang mengalami gangguan sistem brek itu kini telah dikeluarkan daripada perkhidmatan.

Rapid KL turut memaklumkan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya telah dipulihkan, namun pengguna mungkin berdepan waktu menunggu yang sedikit lebih panjang sementara kekerapan perkhidmatan sedang diselaraskan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.