in

“Janji jangan lari” – Janna Nick Tak Tahan Sebak Dapat Jumpa Azar Azmi

Ft Janna Azar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya hajat pelakon Janna Nick untuk bertemu dengan sahabatnya baiknya, Azar Azmi yang sebelum ini ‘menghilang’ akhirnya dapat ditunaikan.

Menerusi Instagram miliknya, Janna menegaskan bahawa dia cuba untuk mengawal emosi dan hanya mahu meluangkan masa dengan rakannya bersama tanpa mengajukan apa-apa soalan sensitif.


Artikel berkaitan: “Aku tak tahu mesej tu” – Azar Azmi Terkejut Janna Nick Dedah Dirinya Nak Pinjam Duit Selama ‘Menghilang’

Artikel berkaitan: Azar Azmi Tepis Dakwaan Punca Suami & Bekas Isteri Berpisah, Perjelas Tak Jaga Anak Tiri

“Hari ini saya nak jumpa dengan kawan yang lama menghilang. Geram aku nak marah sebenarnya aku tak nak menangis. Aku tak nak tanya kau apa-apa, hari ini kita makan je.”

Dalam video tersebut, kelihatan Janna membuat kejutan dan jelas kelihatan wajah Azar Azmi yang begitu teruja apabila melihat Janna di depan matanya. Janna juga kongsikan video lama keakraban mereka berdua dahulu.

Di samping itu, Janna juga meluahkan rasa prihatin terhadap keadaan Azar yang kini sedang melalui fasa sukar tetapi tetap cekal demi anak-anaknya. Janna juga berharap agar Azar tidak lagi menghilangkan diri daripada industri seni.

“Saya tahu dia penat dengan semuanya tetapi dia tetap kuat semangat demi anak. Semoga Allah permudahkan urusan kau. Janji, jangan lari dan hilang lagi.”

Sebelum ini, Azar Azmi dilihat sudah lama ‘mendiamkan diri’ daripada dunia hiburan namun namanya menjadi tumpuan ramai setelah isu dia ditahan reman bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah.

Azar menjalani tempoh reman selama 3 hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebelum dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan.

Terdahulu, Azar juga ada mendedahkan yang dia berdiam diri disebabkan mahu menghormati permintaan mentua yang tidak mahu melihat dirinya terlibat dalam industri seni lagi.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.