Pelakon Azar Azmi tak mampu menahan sebak sejurus sahaja dia dihubungi oleh sahabatnya pelakon Janna Nick, ketika berada di kediaman usahawan, Datuk Aliff Syukri.
Dalam satu video yang kini sedang tular, dapat dilihat yang Azar tidak mampu menahan air mata di samping masing-masing meluahkan rasa teruja.
Azar menjelaskan kepada Janna bahawa dia begitu terharu apabila Datuk Aliff Syukri segera menghubunginya saat dirinya kini masih tiada sumber pendapatan. Dalam perbualan mereka, Janna turut mendedahkan sesuatu perkara yang membuatkan Azar Azmi terkejut.
Artikel berkaitan: “Saya sangka orang dah benci” – ‘Live’ Jualan Dengan Aliff Syukri, Azar Azmi Sebak Terima RM40k Sumbangan Orang Ramai
Artikel berkaitan: “Tudung kakak aku, baju arwah ibu, kasut kakak aku” – Azar Azmi Kongsi Detik Hitam Dalam Rumah Tangga
“Aku ada kanser?”

Di samping itu, dalam perbualan mereka, Janna mendedahkan bahawa sepanjang tempoh Azar ‘menghilang’ daripada dunia seni, Janna menyatakan bahawa dia pernah menerima mesej menggunakan nombor Azar meminta bantuan kewangan.
Azar dilihat terkejut setelah mendengar berita tersebut, malah, Janna turut menyatakan bahawa dia ada menyimpan segala mesej tersebut.
“Aku dapat mesej kononnya kau ada kanser dekat Prince Court, aku sampai nak datang bagi duit kat Prince Court.”
Azar menegaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai mesej tersebut turut terkejut apabila dia mendapat tahu tentang dakwaan tersebut.
“Kanser? Aku ada kanser?” balas Azar.

Jelas Janna, dia yang begitu merindui Azar pada ketika itu terus menghubungi nombor milik Azar, tapi ia dijawab oleh suaminya.
“Aku terus call lah sebab kau dah lama menghilang kan? Aku terus call laki kau yang angkat, so aku terkejut lah, sebab mesej tu baru 2 saat kau reply aku, bila aku call dia yang angkat aku macam mengigillah masa tu,” jelas Janna.
Azar yang masih terkejut dengan pendedahan Janna kerap meminta pengesahan jika dalam mesej tersebut memang menyebut dirinya menghidap kanser.
“Aku cakap aku ada kanser, aku cakap macam tu dalam mesej tu? Aku tak tahu weh pasal semua tu.”

Sebelum ini, nama Azar menjadi tumpuan ramai setelah dia dan suami ditahan berikutan kes penipuan membabitkan kerugian RM1.5 juta, termasuk penjualan tanah kurnia dan urusan darjah kebesaran.
Bagaimanapun, Azar dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan bagi kes berkenaan. Berikutan dengan pembebasannya, Azar ada memberikan bayangan sisi gelap rumah tangganya dan menjelaskan bahawa dia bertahan demi anak-anak.
Sumber : Threads
