Kalau cakap ‘Hey what’s up guys’, mesti korang dah boleh agak nak cakap pasal siapa kan? Siapa tak kenal ‘tagline’ popular Khairulaming yang selalu dia cakap dekat intro video dia memasak. Ramai juga yang sudah tahu Khairulaming ada keluarkan produk sendiri yang diberi nama Sambal Nyet yang boleh katakan popular juga sampai ramai orang mengadu asyik tak sempat nak beli.
Restock la banyak mana pun mesti tak sempat nak beli juga. Laju betul orang lain beli.
Notification bunyi lain macam
Sebenarnya setiap hari Khairulaming akan restock 4 ke 5 ribu botol mengikut slot masa yang ditetapkan. Cuma untuk slot pukul 10 pagi semalam, dia lebihkan sikit restock Sambal Nyet kepada seribu botol. Korang dengar seribu tu macam banyak kan, tapi tu sekelip mata je dah lesap kena beli dengan customer dekat Shopee tau!
Baru-baru ini, Khairulaming muat naik satu video di Twitter miliknya yang dia restock Sambal Nyet dekat Shopee tapi bila korang tengok notification order Sambal Nyet yang masuk memang lain macam. Ingatkan telefon dia rosak rupanya itu memang notification Shopee yang masuk serentak dalam satu masa yang sama.
morning guys..tadi aku record lagi skali behind the scene restock sambal untuk menjawab dm dan shopee chat yg ramai tnya kenapa sambal tak nampak bila refresh. Actually ada..tapi ? pic.twitter.com/3RHgcgiKmX
— Khairulaming (@khairulaming) May 17, 2021
Mana taknya, seribu botol habis terjual dalam masa 10 saat, memang laju la notification Shopee masuk. Perkataan Shopee pun macam dengar tak dengar je bunyi dia sebab masuk banyak sangat dalam masa serentak. Memang gila gila weh orang beli Sambal Nyet ni.
Ingatkan tak restock
Kata Khairulaming, ada juga tau yang siap mesej personal dia dekat Shopee cakap kenapa tak restock Sambal Nyet. Bukan tak restock, dia yang terlambat sebenarnya sebab baru sahaja restock tapi sudah habis terjual seribu botol tersebut dalam masa 10 saat.
Memang Sambal Nyet ni ramai orang suka sebab kena dengan tekak orang Melayu yang suka makan pedas. Teringin juga nak beli tapi selalu tak sempat je. Korang yang dah pernah beli tu kasi la chance dekat orang yang tak pernah beli ni.
Sumber:Khairulaming