in

“Yang penting boleh makan”- Suami Cuba Buat Kuih Keria Lepas Tengok Video Khairulaming, Tapi Jadi Kuih ‘Upside Down’?

Cats 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari tak rajin boleh bertukar rajin bila tengok video resepi dari Khairulaming sebab terasa nak mencuba semua resepi yang dia masak. Bagus la Khairulaming ni sebab dia dah motivasikan ramai orang untuk belajar memasak termasuklah lelaki. Ingat lelaki tak boleh masak ke?


Baru-baru ini viral seorang suami yang mencuba resepi kuih keria selepas dia tengok video resepi Khairulaming. Wah, bukan selalu si suami nak mencuba resepi ni, biasanya perempuan je.

 

Isteri mengidam kuih keria

Menerusi satu video yang dikongsikan di Tiktok oleh Izwndy Mohd pada 9 Mei lalu yang mendapat lebih 200 ribu tontonan dengan lebih 30 ribu likes, lelaki yang mesra disapa sebagai Wandy sedang berusaha membuat kuih keria daripada adunan sehingga selesai digoreng dan dihidangkan. Katanya tengok resepi Khairulaming.

“Boleh open order eh, tapi rasa tak tahu lagi la.”

@izwndymohd

wife mengidam pulakkkk. INI SEMUA SALAH @khairulaming !!! ?

♬ original sound – Izwndy Mohd – Izwndy Mohd

Namun, selepas kuih tersebut sudah siap, lain pula yang jadi bila kuih tersebut melekat pada pinggan siap namakan kuih tersebut kuih keria ‘upside down’ sebab kuih keria itu tak terjatuh walaupun pinggan tersebut diterbalikkan. Memang kelakar weh! Dengan isteri dia sekali tergelak.

“Ingat Starbucks je ada upside down.”

87

 

Tanda hargai isteri

Menurut mStar, lelaki yang bernama Izwandy Md Noor ini menjelaskan dia membuat kuih keria tersebut atas permintaan isterinya yang mengidam kuih tersebut. Korang jangan salah faham, isteri dia tidak hamil tetapi cuma menggemari kuih tersebut.

“Sebelum ni kerap singgah bazar Ramadan belikan kuih keria untuk isteri tapi bazar dah tutup sebab PKP.”

So, lelaki ini mengambil inisiatif untuk buat sendiri kuih kegemaran isteri sebagai tanda menghargainya yang rajin membuat kerja-kerja rumah.

“Saya fikir nak bagi reward kat dia dengan buat kuih keria walaupun saya tak pandai memasak apatah lagi nak buat kuih.”

Kebetulan pula isterinya tiada di rumah, jadi dia pun berulang-ulang kali tengok video resepi Khairulaming sambil buat kuih tersebut walaupun pada akhirnya kuih tersebut jadi macam ‘lain’ sikit.

67

“Isteri kata sedap, elok je makannya siap suruh buat lagi.”

Practice makes perfect orang kata. Kalau dah selalu buat nanti mesti dah okay. 

 

Sumber: mStar, Izwndy Mohd

Baca:Gadis Teruja Mahu Ikut Resipi Khairulaming, Tapi Kucing Dah Makan Ikan Siakap Dulu

Capture 40

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.