in

“Takkanlah nak cucuk kulit pakai jarum sama” – Doktor Jawab Teori Konspirasi Warna Jarum Lain Masa PM Suntik Vaksin

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, semalam bermulalah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan selepas Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara orang yang awal menerima suntikan ini.


Namun, tak sampai 24 jam, teori konspirasi mula berlegar di media sosial menunjukkan jarum yang digunakan untuk sedut vaksin dari botol tak sama dengan warna jarum yang disuntik pada lengan Perdana Menteri itu.

Ekoran dari ini, seorang doktor menerusi Twitter telah menerangkan kenapa warna hub jarum yang disedut dari botol dan disuntik itu berlainan warna.

“Korang nak ke kami suntik pakai jarum besar-besar?”

Menurut Dr Radzi, menyedut vaksin atau apa-apa ubat menggunakan jarum biru adalah prosedur biasa. Katanya juga kadang-kadang ada juga doktor yang gunakan jarum hijau, namun walau apa pun warna jarum yang digunakan untuk menyedut ubat, jarum tersebut akan dibuang.

Ulang suara, JARUM INI AKAN DIBUANG.

Kita akan ambil jarum lain yang baru untuk kekalkan kebersihan. Jarum tadi dah cucuk botol, kat botol tu tak tau ada kuman apa, takkan nak cucuk kulit pakai jarum cucuk botol.”

Tambahnya lagi, setiap warna jarum juga mempunyai saiz yang berbeza. Malah menurut KKM, jarum biru yang digunakan lebih besar untuk memastikan pengekstrakan lancar manakala jarum lebih kecil biasanya berwarna merah atau jingga digunakan untuk suntikan bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam.

Eu 6Yltvgainrus

Korang nak ke kami suntik pakai jarum besar-besar? Tak nak kan? Ha jarum yang dicucuk ke kulit tu kecik halus je. Berbanding jarum yang dipakai untuk sedut dari botol. Jarum sedut kena besar sikit supaya pressure kurang sikit. Kalau tak susah nk sedut.”

Screenshot 2021 02 25 At 4.02.29 Pm

So sekarang dah tahu kan? Unless korang berani nak jarum besar cuba-cubalah request mana tahu dapat. Hehehe

 

Baca: “Macam kena gigit semut” – Dr Amalina Kongsi Simptom Yang Dia Alami Lepas Terima Vaksin Pfizer

Collage 51

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.