in

Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

Bella Saddiq Article

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan selebriti, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini.

Majlis yang diadakan di Menara 118 itu menyaksikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyempurnakan upacara akad nikah pasangan berkenaan.


Nikah 1

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, tampil anggun mengenakan dress putih dan bertudung litup, manakala Syed Saddiq pula segak dengan persalinan jubah berwarna sedondon.

Pasangan itu dinikahkan dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi, dengan mas kahwin sebanyak RM500.

Artikel berkaitan: Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Artikel berkaitan: Bridesmaids Bella Astillah Dapat Satu ‘Luggage’ Barangan, Netizen Tanya Mana Nak ‘Apply’

Majlis pernikahan dihadiri isteri Perdana Menteri, pemimpin politik Singapura 

Majlis turut diserikan dengan acara berbalas hantaran, apabila pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang kemudian dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Nikah 13

Saddiq Bella 2

Pernikahan itu menyatukan dua figura daripada latar kerjaya berbeza, dengan Syed Saddiq aktif dalam arena politik, manakala Bella Astillah pula merupakan antara nama yang dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Selain penggiat seni, majlis berkenaan turut dihadiri beberapa tokoh politik tempatan, antaranya bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah Saddiq

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin politik dari Singapura, termasuk bekas Ketua Pembangkang republik itu, Pritam Singh.

Rata-rata tetamu yang hadir mengenakan busana serba putih, selaras dengan konsep perkahwinan berunsurkan Arab dan Islamik yang dipilih atas permintaan keluarga.

Cincin

Selepas majlis pernikahan hari ini, pasangan berkenaan dijadual mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 18 Oktober ini.

Mereka turut merancang menganjurkan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.