in

“Takkan video baru?” – Shuk Sahar & Isteri Hanya ‘Gelakkan’ Kekasih Dedah Video Tak Berbaju Dalam Hotel

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi cinta tiga segi antara Shuk Sahar, isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dan Farah Salleh kini jadi sebutan semula selepas Farah bertindak memuat naik video Shuk tanpa memakai baju di dalam bilik hotel.


Dedah video angkara hutang tak dibayar

Sebelum ini, menerusi Instagram peribadi Farah, wanita ini telah memberi amaran yang dia bakal memuat naik video sekiranya Shuk gagal membayar duitnya.

Tak lama selepas itu, Farah telah memuat naik dua video menunjukkan lelaki tak berbaju mirip Shuk di Instagramnya sebagai balasan tak membayar hutang serta pengkhianatan dan fitnah yang diterimanya selama ini.

Img 9854

Screenshot 2021 08 02 112304

Bertahan hanya kerana video

Manakala di Instagram Sera pula, wanita ini mengatakan yang suaminya selama ini bertahan kerana sering diugut dengan video tersebut dan mengatakan yang video tersebut merupakan video lama.

Selain itu, Sera turut menunjukkan gambar yang dia telah pun pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang pendedahan Farah.

Img 9858 Side

“Takkan video baru”

Sementara itu, Sera turut memuat naik IG Story di Instagram Shuk untuk tanya mengenai video yang didedahkan oleh Farah itu.

Ketika ditanya, Shuk menjawab yang video tersebut merupakan video lama memandangkan badannya sekarang lebih berisi dari dulu.

Selain itu, Shuk turut mengatakan pendedahan yang dibuat ini hanyalah dianggap seperti marketing memandangkan dirinya kini tak ada kerja dan duit selepas Sera menunjukkan yang dia pening kerana perlu menjadi orang yang menyelesaikan masalah suaminya.

Pun begitu, dalam video yang dimuat naik ini, Shuk dan Sera kelihatan tak terkesan dengan pendedahan yang dibuat oleh Farah dan dilihat masih mampu bergelak sesama mereka.

 

Baca: “Kalau nak bermadu kena terima, bukan hancurkan keluarga saya” – Isteri Shuk Dedah ‘Orang Ketiga’ Main Ugut?

Screenshot 2021 08 02 112742

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.