in

“Takde jalan keluar” – Terkandas di Wuhan Dengan Coronavirus, Kerajaan China Tak Bagi UK Bawa Rakyat Pulang

uk di wuhan

Ratusan rakyat United Kingdom (UK) kini terkandas di tengah bandar Wuhan, China yang kini diisytiharkan darurat sejak kes coronavirus mula merebak. Menurut rakyat UK di sana, mereka seolah-olah dibiarkan dalam keadaan tertanya-tanya kerana tiada apa-apa maklumat yang disampaikan oleh kerajaan China.

Lebih teruk lagi, Kedutaan British di Wuhan juga ditutup pada hujung minggu lalu menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan apa-apa maklumat mahupun bantuan.

uk4

uk5
Sumber: The Sun

The Sun melaporkan, sumber pejabat antarabangsa di China mendedahkan bahawa kerajaan tidak membenarkan mana-mana negara untuk membawa pulang rakyat mereka yang kini berada di sana.

Setiausaha dari Kementerian Luar Negeri di UK, Dominic Raab berkata mereka sedang mengalami kesukaran untuk berbincang dengan pihak China kerana tiada kata putus diberikan.

Perbincangan yang diadakan sangat sukar. Kami berharap kata putus akan dicapai secepat mungkin.”

Kami sangat mahukan isu ini diselesaikan secepat mungkin, tapi ada beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan dari kerajaan China sebelum kami membuat apa-apa perjanjian ketat.”

Kami faham keadaan mereka di sana tapi kami perlu jawapan dari mereka secepatnya.”

uk2

uk3
Sumber: The Sun

Kerajaan UK juga kini dalam proses mencari dan mengenal pasti kira-kira 2,000 rakyat Wuhan yang tiba di negara itu sejak dua minggu lepas.

Setakat ini, hanya 51 berjaya dijumpai dan telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan sama ada mereka positif atau negatif coronavirus.

uk6
Sumber: BBC

Baca: “Tak boleh merebak atas barang kering” – Netizen Takut Coronavirus Merebak Dari Barang Taobao, Doktor Cakap Beli Je

belilah taobao