in

“Tak boleh merebak atas barang kering” – Netizen Takut Coronavirus Merebak Dari Barang Taobao, Doktor Cakap Beli Je

Belilah Taobao

Viral di media sosial baru-baru ini tentang bagaimana orang ramai perlu berhati-hati jika mereka membeli barang dari Taobao, satu perniagaan popular dari China.

Satu gambar menunjukkan bahawa sesiapa yang membeli barang dari negara China perlu sanitize terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan.

Taobao1
sumber: facebook
Taobao2
sumber: facebook

Mesej itu telah membuatkan lebih ramai orang panik kerana memang ramai rakyat Malaysia membeli dari Taobao kerana harganya yang sangat murah. Tapi, seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh bernama Dr Christopher Lee memberi respon berkenaan isu pembelian barangan dari China, lapor WOB.

Menurutnya yang juga merupakan Penasihat Kebangsaan Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan, semua parcel dari China mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk tiba di Malaysia.

Oleh itu, risiko jangkitan coronavirus melalui penghantaran adalah agak rendah.

Taobao4
sumber: piximus
Taobao3
sumber: cnn

Walaupun tiada pengumuman rasmi tentang virus ini boleh menular melalui barangan (benda tidak bernyawa), Dr Lee mempunyai kenyataan sokongan di mana virus ini sama seerti SARS  dan MERS.

Katanya, memandangkan 2019-nCoV ini dikategorikan sebagai coronavirus, cara jangkitan itu sepatutnya lebih kurang sama seperti SARS dan MERS.

Jika kita fokus pada virus SARS, virus itu hanya boleh bertahan di luar badan manusia selama beberapa jam atau paling lama, 4 hari sahaja.

Virus itu (SARS) akan bertahan lama (sehingga beberapa hari) pada persekitaran yang lembap atau basah. Namun, pada permukaan yang kering seperti plastik, virus itu hanya boleh hidup selama beberapa jam.”

Taobao5
sumber: wikimedia

Selain itu, jika anda masih paranoid untuk dapatkan barangan dari Taobao, China Post’s Express Mail Service (EMS) telah mengumumkan bahawa mereka akan menangguh semua penghantaran demi untuk membasmi kuman yang ada pada barangan yang patut dipos.

Bagi memastikan keselamatan orang awam, kami akan lakukan pembasmian kuman dua kali terhadap parcel dan kenderaan yang akan melalui bandar Wuhan serta menangguh jadual penghantaran.”

Harap takde yang berjangkit sebab barang Taobao…

Baca: “Virus Corona boleh bunuh 65 juta orang dalam 18 bulan”- Pakar Kesihatan

Featured 58