in

“Takde alasan tak pakai dah”- [VIDEO] Frontliner Cipta ‘Wireless Face Mask’ Untuk Mudahkan Orang Ramai!

Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila pelitup muka dah jadi satu benda wajib yang sentiasa kena ada, makin ramai yang cari pelitup muka yang menyenangkan untuk dipakai secara harian. Senang lah sikit kan kalau nak ke mana-mana.


Dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh @kucailah, dia menunjukkan tutorial untuk memakai pelitup muka tanpa tali atau wireless face mask yang memudahkan orang ramai terutamanya yang sering mengalami alahan di bahagian belakang telinga.

Pelitup muka tanpa tali itu diinovasikan oleh seorang frontliner iaitu Prof. Madya Dr. Chew Heng Hui dan sudah mula berada di pasaran Malaysia.

Hanya perlu cabut pelekat di belakang face mask itu dan boleh terus pakai di muka. Tetapi sebelum itu, pemakai mestilah cuci muka terlebih dahulu untuk kekalkan kebersihan kendiri.

@kucailah

Cuba try test facemask ni.. #facemask #test #foryou

♬ Life Goes On – Oliver Tree

Pemilik video TikTok yang juga penjual turut menjelaskan segala bahan digunakan untuk penghasilan pelitup muka yang telah diinovasikan itu serta pengalaman dia memakai wireless face mask.

Komen Mask Latest

Disebabkan penghasilan pelitup muka tanpa tali itu juga, ada beberapa komen yang bertanyakan tentang kemungkinan habuk untuk melekat di belakang pelitup mask itu kerana ada menggunakan pelekat.

Komen Mask 2 Latest

Penjual itu juga memberitahu tentang kadar lekatan pada pelitup muka itu boleh bertahan selama 4 kali.

“Saya telah cuba membuka dan pasang sebanyak sekurang empat kali masih tiada masalah”

Pelitup muka itu masih lagi selamat dan bersih untuk dipakai sekiranya dijaga dengan betul. Orang ramai boleh mula untuk dapatkan wireless face mask itu di pasaran kerana telah mula dijual ketika ini.

Bila dah baca ni, korang rasa-rasa nak try tak wireless face mask ni?

Baca: Peraturan MKNJPM tidak dikemaskini” – KJ Tegas Dine-In Hanya Untuk Penerima Vaksin Sahaja

1 New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.