in

“Peraturan MKNJPM tidak dikemaskini “- KJ Tegas Dine-In Hanya Untuk Penerima Vaksin Sahaja

Ft Kj Kata Dine In Kekal Untuk Dah Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, wujud satu persoalan kepada netizen berkenaan dengan SOP Fasa 3 yang terbaru iaitu kebenaran dine-in di kedai makan.


Ini kerana berdasarkan peraturan daripada laman rasmi MKN menyatakan tiada spesifikasi untuk mereka yang sudah mempunyai vaksin penuh.

Oleh itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini tampil memperjelaskan mengenai persoalan ini.

 

Vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan

Kata beliau, peraturan makan di premis masih kekal untuk mereka yang mempunyai vaksin penuh, jelasnya lagi peraturan yang dikeluarkan oleh MKN itu tidak dikemaskini.

Tambahnya kenyataan rasmi akan menyusul dalam masa terdekat. Sebelum ini pihak kami ada menghubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di talian 03-88882010 (Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutan) untuk mendapatkan pengesahan dan kakitangan menjelaskan bahawa boleh dine-in buat mereka yang belum penuh vaksin.

Namun begitu, Khairy Jamaluddin telah menegaskan ianya kekal kepada mereka yang sudah mendapat vaksinasi penuh menerusi laman Twitter rasmi miliknya sejam lepas (sepanjang tempoh artikel ini ditulis.)

 

Baca : [EKSKLUSIF] Individu Belum Lengkap Vaksin Boleh Dine-In Semasa Fasa 3

Ft Dine In Dibenarkan Belum Lengkap Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.