“Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital

Kejadian mistik dan seram boleh terjadi pada bila-bila waktu dan di mana-mana sekali pun, namun terdapat beberapa situasi yang membuatkan rasa seram itu lebih terasa terutama sekali di lokasi seperti hutan, hospital dan kawasan yang ditinggalkan.

Artikel berkaitan: “Seramnya nak keluar rumah…” – Lagi ‘Penampakan’ Cik Ponti, Kali Ini Di Pulau Pinang Pula


Artikel berkaitan: Ini 4 Kisah Seram Yang Benar-Benar Berlaku Sehingga Masuk Berita, Meremang Weh! 

Perkara sebegini sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan moment seram di sebuah hospital apabila kedengaran suara wanita meraung tanpa diketahui puncanya.

Klip pendek berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @bujanglajak8 itu membuatkan ramai netizen meremang dek kerana jeritan yang dirakamkan itu begitu jelas.

“Kerap terjadi di hospital, bunyi teriakan, menyamar jadi jururawat, pek darah berkurang, benda jatuh,” tulisnya dalam video itu.

Kedengaran jeritan itu seakan menyebut nama Allah, namun ianya tidak begitu jelas dan tidak dapat dipastikan teriakan misteri itu.

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital yang terletak di Sandakan dan ia dirakamkan kira-kira jam 3 pagi sebelum waktu subuh.

Apabila ditanya apakah ia suara pesakit, pengguna TikTok itu menjawab tidak kerana wad dalam rakaman itu ialah wad bagi pesakit yang kritikal dan memerlukan bantuan oksigen.

“Seram nak ke hospital ni…”

Video pendek itu membuatkan ramai netizen yang berasa seram dan tidak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman hampir serupa ketika berada di hospital.

Cats 35

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih seribu komen dari netizen.

Siang-siang pun seram dengar…

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-tahu-suara-siapa-netizen-meremang-dengar-rakaman-suara-wanita-meraung-di-hospital/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM