“Tak tahu cerita jangan buat andaian sendiri” – Bapa Jawab Kecaman Bawa Anak 4 Bulan Masuk Dusun Sampai Ditimpa Durian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Malang tak berbau, bayi 4 bulan ditimpa durian sewaktu ibunya Norfarahana Baharuddin sedang bawa anaknya itu bersiar-siar.

Bila diceritakan hal ini ke media sosial, ramai warganet yang mengecam ibu bapa bayi ini kerana bawa anak mereka di tempat yang merbahaya.

 

DURIAN itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak. Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini,” 

Disebabkan kecaman hebat tu, ibu kepada Megat Muhammad Kays terpaksa padam balik posting  Facebook tu. Jadi, ayah Muhammad Kays, Megat Zarulfais Megat Kamaruddin. tampil memberikan keterangan dekat Harian Metro hari ni.

Sebenarnya Norfarahana sedang bawa Muhammad Kays bersiar-siar di halaman rumah sebab anak bongsu kepada dua beradik ni menagis tak henti, mereka tak bawa masuk dusun pun, ada pokok durian berdekatan dengan halaman rumah dia.

Masa dibawa jalan-jalan tu, tiba-tiba isteri dia terdengar buah durian jatuh, isterinya pun begegas nak masuk rumah untuk melarikan diri.

 

Biasanya durian kalau jatuh, buah ini menghempap dahan lain. Kebetulan dia terdengar, jadi dia segera lari takut terkena serpihan dahan atau buah.”

Tapi nak buat macam mana mungkin nasib mereka kurang baik ada buah jatuh terkena kat isteri dan anaknya.

Katanya buah durian tu terkena kat dada isterinya lepastu melantun kena muka anak. Jadi, kalau lah jatuh betul-betul atas kepala mesti lagi teruk.

 

Tapi takdir Allah SWT dan buah itu terkena isteri dan anak. Bukan dia pergi mencari durian dan kebetulan pokok ini terletak bersebelahan rumah sahaja,”

Sebagai bapa, sudah semestinya Zarulfaris tak mahu perkara tu berlaku dekat anak sendiri. Disebabkan salah faham, ramai pihak mengecam seolah-olah isterinya membawa bayi ke kebun mencari durian.

Bagi yang tidak tahu cerita sebenar, usah membuat andaian sendiri”

Mujurlah keadaan anak mereka tidak beritu kritikal kerana kecederaan yang dialami oleh Muhammad Kays tidak seteruk ibunya.

Malah keadaan Megat Muhammad Kays aktif dan cergas seperti biasa. Sungguhpun dikecam teruk, Zulfaris terima segala kritikan netizen dan menganggap mereka tak tahu cerita sebenar.

 

Baca : Bayi Kembar Maut Selepas Ditinggalkan Dalam Kereta 8 Jam!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?