Bayi Kembar Maut Selepas Ditinggalkan Dalam Kereta 8 Jam!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Insiden tertinggal anak dalam kereta akibat kecuaian ibu bapa ni bukan je berlaku di Malaysia, malah kat negara luar pun ada kes yang sama.

Di New York misalnya, sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan berusia setahun dilaporkan maut setelah ditinggalkan selama lapan jam di dalam kereta Honda bapanya.

Kisahnya, kedua-dua bayi malang itu ditinggalkan semasa bapanya, Juan Rodriguez hendak pergi bekerja di sebuah hospital berhampiran.

Sebaik dia kembali kira-kira pukul 4 petang, barulah dia sedar yang dia ‘tertinggal’ anaknya tapi waktu tu dah terlambat kerana mulut kedua-dua anak kecil itu sudah pun dipenuhi buih di bahagian tempat duduk belakang.

Dan tak boleh dibayangkan, cuaca pada waktu itu mencecah sehingga 30 darjah celcius!

Polis berkata, cermin keretanya yang gelap turut menyukarkan orang ramai untuk menyedari bahawa terdapat kanak-kanak terperangkap di dalamnya.

So, macam mana agaknya keadaan kedua-dua bayi tu dalam keadaan mereka tak boleh nak berbuat apa-apa, terpaksa bertarung nyawa terperangkap dalam kepanasan. Sedih!

Tak dapat nak menahan kesedihan akibat kecuaiannya sendiri, saksi mengatakan Rodriguez menjerit sekuat hatinya dan kelihatan seperti orang yang hilang akal.

Orang ramai yang melihat kejadian kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Nasi dah jadi bubur, Rodriguez dihadapkan ke mahkamah atas dua dakwaan membunuh dan homicide serta perlu membayar 100,000 dolar Amerika untuk dibebaskan dengan jaminan.

Sedih bila baca kes-kes macam ni, sebab kita memang tak jangka dan tak nak pun perkara ni berlaku.

Tapi akibat cuai, inilah padahnya. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan daripada perkara-perkara seumpama ini.

 

Baca: “Saya ingatkan dia tu setan” – Bapa Tamatkan Riwayat Anak Tapi Tak Kena Tangkap Sebab…

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.