in

Tak Setuju Kempen Kibar Bendera Putih, Mufti P.Pinang Berpendapat Ia Tidak Wajar & Beri Maksud Putus Asa

Ft Muftipenang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai rakyat menyokong penuh kempen bendera putih kerana ianya memberi kebaikan dan bertujuan untuk membantu mengurangkan beban mereka yang sangat memerlukan. Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih itu untuk menzahirkan kesusahan hidup dihadapi bagi menagih bantuan.


Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar untuk dilakukan kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Mufti2

Menurut Harian Metro, beliau berkata umat Islam khususnya perlu faham bahawa sikap putus asa dan mudah mengalah kepada kesempitan hidup adalah dilarang. Seseorang yang mudah mengalah kepada kesusahan menunjukkan kepada kelemahan iman dan tiada keyakinan kepada rahmat Allah SWT.

Masih banyak cara lain bagi mendapat bantuan dalam mengatasi kepayahan hidup golongan yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik ini.”

Selain bantuan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan dan negeri, terdapat juga daripada badan dan agensi tertentu seperti Pusat Pengurusan Zakat negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta selain sumbangan individu.”

Bendera2

Pihaknya juga menyeru supaya usaha intensif dan agresif perlu ditingkatkan lagi oleh pihak berwajib bagi membantu mengatasi kemelut ekonomi yang dihadapi golongan terjejas ini. Syarikat GLC dan swasta juga turut diseru untuk menunaikan tanggungjawab sosial masing-masing dan turut sumbang dengan lumayan bagi meringankan keperitan hidup golongan memerlukan.

Wakil rakyat di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu memainkan peranan sebagai penghubung antara golongan memerlukan dengan pihak yang memberi bantuan.”

Kemungkinan mereka ini tidak tahu cara atau kaedah bagi memohon bantuan daripada pihak berkaitan.”

Baca: “Tak perlu angkat BENDERA PUTIH, hanya perlu ANGKAT TELEFON” – Posting di Facebook PAS Kelantan Terima Kritikan Netizen

Ft Pasbendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.