in

“Terbaiklah you amoy” – [VIDEO] Netizen ‘Happy’ Tengok Gadis Cina Ini Beri Bantuan Makanan Tak Kira Bangsa & Agama

Ft Amoibantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari ada saja kisah individu dan keluarga dalam kesusahan yang mengibarkan bendera putih untuk meminta bantuan daripada jiran tetangga. Setiap hari jugalah kita akan baca cerita atau tonton video di media sosial menunjukkan ramai rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di saat pandemik ini.


Korang sendiri boleh tengok dekat media sosial contohnya di TikTok, bermacam-macam video ada kalau korang klik hashtag #benderaputih ni. Rasa sebak, lega dan happy bila tengok rakyat bersama berganding bahu untuk bantu each other kan?

Bendera

Macam video dari gadis Cina ini yang mendapat banyak pujian daripada ramai netizen selepas dia dilihat menghulurkan bantuan tak kira bangsa dan agama. Melalui TikTok yingyingsie_oe itu, dua wanita berbangsa Cina dilihat mengumpulkan banyak plastik berisi barang keperluan makanan ke dalam sebuah 4WD.

Mereka berdua kemudian dilihat memberikan sumbangan itu dari rumah ke rumah di sebuah kawasan yang tidak dinyatakan. Boleh dilihat di dalam video itu, mereka menolak troli berisi bekalan makanan tersebut dan mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah untuk menghulurkan bantuan berkenaan.

@yinyingsie_oe

Tak kira bangsa bersama melawan COVID-19 i love Malaysia #benderaputih#malaysia #响应白旗活动 一起对抗疫情❤️

♬ 原聲 – Yingying_Classic – Yingying_Classic

 

Ramai netizen seronok melihat apa yang dilakukan kedua-dua mereka kerana berdasarkan video tersebut, sumbangan makanan itu disampaikan kepada individu tanpa mengira bangsa dan agama.

Melalui ruangan komen, ramai pengguna TikTok yang lain berterima kasih kepada duo itu kerana memberi contoh masyarakat Malaysia saling membantu dan menunjukkan sikap 1Malaysia terutamanya pada saat getir sebegini.

Mereka turut mendoakan agar dua wanita itu terus menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan serta berhadap apa yang dilakukan menjadi contoh buat yang lain.

Ft Amoitiktok

Memang rasa seronok tengok rakyat Malaysia saling membantu pada saat-saat sebegini. Jangan lupa check keluarga, kawan atau jiran tetangga korang dan bantu mana-mana yang memerlukan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Baca: “Berderai air mata tengok” – Kanak-kanak Sanggup Panjat Bumbung Untuk Kibar Bendera Putih Demi Bantu Nenek & Adik

Panjat Bumbung Kibar Bendera

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.