in

“Tak pasal2 dapat call” – [VIDEO] Terlupa Pasal #BenderaPutih, Gadis Jemur Langsir Buat Orang Ingat Minta Bantuan

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kempen #BenderaPutih yang dianjurkan oleh rakyat ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan orang ramai memang berpusu-pusu cuba untuk membantu orang dalam kesusahan.


Tapi bagi gadis ini lain pula jadinya. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @aishahsazali2 telah kongsikan videonya dan ia telah meraih tontonan sebanyak lebih 1.3 juta.

Dalam videonya itu, Aishah mengatakan yang dia terlupa tentang kempen #BenderaPutih yang sedang giat dijalankan di Malaysia.

Jadi, tindakannya untuk keringkan langsirnya yang berwarna putih telah disalah anggap hingga ibunya telah mendapat panggilan dari persatuan flat menanyakan tentang keadaan keluarga mereka.

Aku tak ingat pulak pasal kempen tu time jemur langsir.”

Bukan itu sahaja, dalam video yang dikongsikan oleh Aishah ini, turut kedengaran suara ayahnya dibelakang menjerit memberitahu perihal sebenar.

Itu langsir anak aku lah.”

Pun begitu Aishah turut memuji tindakan penduduk di tempatnya yang sangat mengambil berat tentang perihal orang yang dalam kesusahan.

“Sama macam saya sis”

Selain terhibur dengan video yang dikongsikan oleh gadis ini, ada juga segelintir netizen yang kongsikan perkara sama pernah berlaku dekat mereka.

3Ae5 Down

Korang boleh tengok sendiri video penuh dekat bawah ni:

@aishahsazali2

#benderaputih?️ #maaf #fypシ

♬ Panik ngga – Ragil

Bagus juga, memang nampak yang orang semua memang sangat membantu dan peka tau.

 

Baca: “Lupa #Benderaputih” – Wanita Sidai Kain Lap Luar Rumah, Terkejut Orang Bagi Salam Tanya ‘Nak Bantuan?’

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.