in

“Tak perlu angkat BENDERA PUTIH, hanya perlu ANGKAT TELEFON” – Posting di Facebook PAS Kelantan Terima Kritikan Netizen

Ft Pasbendera

Seperti yang kita tahu, sangatlah ramai terkesan dari pelbagai sudut terutamanya hilang pendapatan dan data juga menunjukkan peningkatan kes kemurungan serta bunuh diri sejak tahun lepas. Kempen bendera putih adalah inisiatif daripada rakyat untuk rakyat yang dalam kesempitan dan memerlukan di saat pandemik Covid-19 ini.

Ramai menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan tentang kebaikan kempen ini agar mereka yang benar-benar memerlukan dapat dibantu. Bagaimanapun, baru-baru ini kenyataan Nik Abduh mengundang kritikan daripada netizen yang tidak bersetuju dengannya.

Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

Bendera3

 

“Tak perlu angkat BENDERA PUTIH” – PAS Kelantan

Dalam pada itu, PAS Kelantan juga dilihat memuat naik posting di Facebook senarai talian hotline Pusat Khidmat DUN Kelantan agar sesiapa yang memerlukan boleh hubungi bagi mendapatkan bantuan.

Berdasarkan gambar itu, terdapat 45 Pusat Khidmat DUN yang boleh dihubungi penduduk di Kelantan mengikut daerah masing-masing.

Tak perlu angkat BENDERA PUTIH , hanya perlu ANGKAT TELEFON dan terus call PUSAT KHIDMAT DUN.”

Semoga membantu ?”

Posting itu bagaimanapun menerima banyak kritikan daripada netizen di Facebook yang tidak bersetuju dengan PAS kerana tidak menyambut baik inisiatif serta kempen yang dilakukan untuk kebaikan rakyat.

Meskipun ianya adalah sesuatu yang betul di mana kita perlu berdoa kepada Allah ketika dalam kesusahan namun menurut netizen kempen itu juga bukanlah sesuatu yang tidak elok. Ianya adalah satu usaha rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan dan sikap itu juga dipuji dalam agama.

Komen Pas

Beberapa netizen dilihat memberikan nasihat dan pandangan serta cadangan mereka tentang tindakan PAS itu. Seorang netizen mencadangkan agar mereka turut memaklumkan tentang talian hotline ini secara offline selain hanya sebarkan menggunakan media sosial.

Tak semua org ada media sosial ni. Tak semua orang tahu.. Cer letak kain rentang besar-besar depan pejabat DUN atau letak la rata riti biar rakyat tahu dalam kampung tu.”

Komen

Bendera2

Kempen bendera putih mahu pun hubungi talian hotline untuk dapatkan bantuan ini dua-dua adalah usaha serta inisiatif yang bagus kerana tujuannya sama, untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Diharap lebih ramai pihak tampil untuk menghulurkan bantuan kepada yang betul-betul memerlukan dengan kadar yang segera, tidak semestinya melalui dua kempen ini. Jom sama-sama bantu!

Baca: “YB, jika wang di bank berjela angkanya, mungkin saja selesa untuk terus berdoa tanpa sebarang usaha” – Naim Daniel

Ft Niknaim

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook