in

“Berderai air mata tengok” – Kanak-kanak Sanggup Panjat Bumbung Untuk Kibar Bendera Putih Demi Bantu Nenek & Adik

Panjat Bumbung Kibar Bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kempen bendera putih nampaknya telah mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak kerana ramai yang prihatin dan turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan.


Banyak kisah menyayat hati telah dikongsikan oleh mereka yang membantu dan antara kisah ‘bendera putih’ yang menyentuh hati ialah berkenaan seorang adik ini yang sanggup bahayakan diri demi menaikkan bendera putih.

Menerusi perkongsian TikTok aktivis kemasyarakatan @salwanaidin, dia telah memuat naik video seorang kanak-kanak yang dilihat memanjat bumbung balkoni sebuah PPR untuk mengibarkan bendera putih.

Adik 2

Aksi tersebut dilihat oleh ahli NGO berkenaan dan pihak mereka tanpa berlengah pergi membantu keluarga tersebut.

 

Bekalan makanan terputus, nenek tak mampu jual kuih 

Menerusi video itu, didedahkan bahawa kanak-kanak tersebut tinggal bersama nenek dan adiknya yang masih kecil.

Nenek kepada dua cucu ini pula hanya bergantung pendapatan dengan jualan kuih muih saja, namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan, mereka kehilangan sumber makanan.

Oleh itu, mereka tidak mampu membayar sewa rumah, bil elektrik dan air serta bekalan makanan juga terputus. Allah… kesiannya. 

@salwanaidin

Allah pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu ? #benderaputih #pkp #malaysia #fyp

♬ SurgaMu – UNGU

Walau bagaimanapun, mujur NGO ini ada memberi sumbangan buat keluarga kecil ini yang dapat meringankan sedikit beban mereka.

 

“Rasa masuk habuk mata ni” 

Rata-rata netizen bersyukur keluarga ini akhirnya mendapat bantuan yang sewajarnya dan diharap lebih ramai mereka yang prihatin di luar sana dapat membantu golongan yang mengibarkan bendera putih ini.

Bendera Putih 2

Semoga kita terus kuat menghadapi ujian getir dalam hidup ini. 

Baca: “Beli barang guna duit sendiri” – Cik B Curi Perhatian, Cari Rumah ‘Bendera Putih’ Untuk Beri Bantuan

Cikb 3

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.