in

“Tak sensitif langsung!” – Model Playboy Cetus Kontroversi, Buat Photoshoot Bogel Dalam Masjid Hagia Sophia

Bogel Dalam Masjid

Model kontroversi majalah Playboy berusia 28 tahun dilaporkan berdepan hukuman penjara kerana bergambar dalam keadaan bogel di dalam masjid baru-baru ini.

Beberapa gambar yang kini tersebar menunjukkan model dari Belgium bernama Marisa Papen itu beraksi di dalam dan luar kawasan Hagia Sofia, masjid terkenal dan tumpuan pelancong di Turki. Marisa telah ke Turki bersama seorang jurugambar dari Australia, Jesse Walker untuk membuat penggambaran bagi jenama ENKI Eyewear milik Jesse.

Pose4

Penggambaran itu memerlukan dia memakai pakaian menutup aurat serba hitam menutupi seluruh badan serta niqab yang menutup bahagian muka kecuali mata. Tapi, pakaian tu cuma ‘prop’ semata-mata sebab dalam gambar itu Marisa dilihat mengangkat kain ke atas menunjukkan bahagian sulitnya ketika berada di dalam Hagia Sophia.

Selain itu, Marisa juga turut melakukan penggambaran bogelnya itu di kawasan Cappadocia. Difahamkan gambar-gambar itu dirakamkan pada tahun 2018 namun baru saja mendapat perhatian selepas Ketua Pendakwa Raya Istanbul.

Pose1

Pose2

Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul kemudian bertindak mengeluarkan waran tangkap dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat hal ini.

Kes ini masih disiasat dan Marisa dituduh atas ‘tindakan tidak senonoh’ dan ‘memalukan kedaulatan negara secara terbuka’ dan berdepan hukuman penjara selama 3 tahun jika disabit bersalah.

Bagaimanapun, ketika mendapat tahu namanya hangat diperkatakan dek kerana isu berbogel di dalam masjid itu, dia berkata,

Bagaimana gambar begini pun boleh menyinggung perasaan?”

Pose5

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Marisa mendapat perhatian dengan isu sensitif sebegini. Pada tahun lepas, dia dikritik selepas mengeluarkan video melampau anti-agama yang menunjukkan orang Kristian, Yahudi dan Islam melakukan perbuatan seks.

Malah, dia pernah dipenjarakan kerana beraksi bogel di sebuat kuil kuno Karnak Temple Complex di Mesir. Dia juga ada buat projek penggambaran bogel bernama “PLASTICSUSHI” di Iceland tahun lepas untuk menekankan isu perubahan iklim. Ketika itu Marisa bergambar dengan seekor unta tanpa seurat benang tapi memakai selendang.

Pose3

Difahamkan, Marisa masih belum memberi apa-apa komen tentang siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Turki selepas menerima laporan daripada Pejabat Ketua Pendakwa Raya.

Baca: “Rempit gila!” – Tayang Model Seksi & Minum ‘Arak’, Video Promo Jersi Baru JDT Teruk Dihentam Netizen

Video Jdt

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star