“Rempit gila!” – Tayang Model Seksi & Minum ‘Arak’, Video Promo Jersi Baru JDT Teruk Dihentam Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Rempit gila!” – Tayang Model Seksi & Minum ‘Arak’, Video Promo Jersi Baru JDT Teruk Dihentam Netizen

Video promo jersi baru pasukan bola JDT baru-baru mendapat kritikan dari ramai netizen di media sosial. Melalui posting di Twitter, JDT muat naik video 3 minit lebih itu yang mempromosikan jersi Johor Darul Ta’zim bagi tahun 2020 dari jenama Nike.

Beberapa pemain JDT menjadi watak utama dalam video promo tersebut termasuklah Corbin Ong, Safawi Rashid dan ianya bermula dengan suasana di dalam sebuah bar ala barat yang selalu kita tengok dalam filem koboi.

Perempuan pakai seksi, kamera zoom bahagian dada

Seorang wanita kemudian masuk ke dalam bar, memasang lagu dan menari di dalam bar sambil ditontoni pemain itu semua. Selepas selesai menari dan minum segelas ‘arak’, wanita itu berjalan keluar tapi mereka kemudian panggil dia supaya tak pergi dari situ.

Jdt10

Jdt9

Tunjuk logo JDT, terus tertarik!

Tiba-tiba Corbin Ong bersiul panggil!

Bila wanita itu pusing belakang, Corbin terus selak sweater, tunjuk lambang JDT pada jersi yang dia pakai dan kenyit mata. So then, wanita tu tertarik, tak jadi keluar dan terus sambung menari dia.

Jdt7

Ramai netizen tak suka dan kecam sebab…

Selalunya pasal JDT je mesti akan viral dan tarik perhatian netizen kan? Kali ni pun tarik perhatian tapi ke arah yang negatif kerana ramai netizen tak suka dan terus hentam video promo tu.

Semuanya sebab mereka menjadikan wanita sebagai objek komersil dan jelas dalam video ni menunjukkan elemen wanita berpakaian seksi sehingga menampakkan lurah dada menjadi tarikan utama.

Komen Kecam
Sumber: Twitter

“Minum arak kan haram!” 

Selain tu, netizen juga dan tegur dan kritik video tu yang terlalu nak ikut budaya barat , seolah-olah menampakkan mereka meminum arak.

Walaupun ada gelas yang dipercayai berisi Coke dan pada awal video menunjukkan kononnya mereka berada di Arizona, Amerika Syarikat tapi menurut netizen video itu secara keseluruhannya menunjukkan budaya yang tidak elok. Wanita seksi dan budaya barat adalah topik utama yang menjadi kritikan netizen di Twitter.

Komen Arak
Sumber: Twitter

Korang dah tengok video tu? Apa pendapat korang? Ce share sikit!

Tonton video di bawah:

https://twitter.com/OfficialJohor/status/1223585498465095682

Baca: “Youtuber paling sampah!” – Kena ‘Sound’ Dengan Penceramah Sebab Suka Buat Video Berunsur Lucah & Seks

Oh Cikgu Suraya

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rempit gila!” – Tayang Model Seksi & Minum ‘Arak’, Video Promo Jersi Baru JDT Teruk Dihentam Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rempit-gila-tayang-model-seksi-minum-arak-video-promo-jersi-baru-jdt-teruk-dihentam-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM