in

Tak Sangka Budak Ni PM Kanada Sekarang…

Alkncas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena hari lahir Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ni, ramai yang mengambil peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada pemimpin tertua di dunia ni.


Menurut mStar, banyak ucapan hari lahir disampaikan kepada Tun M sejak beberapa hari yang lalu di media sosial. Setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 pun ada dikeluarkan tau! Tapi dalam banyak-banyak tu, ada satu gambar sempena hari lahir Tun M ni yang menarik perhatian ramai.

Yas
sumber: twitter

Hadiah tu merupakan cenderamata yang diterima Tun M daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Julia G. Bentley ketika kunjungan Julia di Putrajaya minggu lepas. Gambar tu dimuat naik di akaun Twitter rasmi Tun M.

Gambar tu rupa-rupanya gambar lama semasa zaman Tun M jadi Perdana Menteri buat kali pertama dulu. Paling menarik, Tun M waktu tu bersalaman dengan seorang budak lelaki comel ni. Dan budak lelaki tu sekarang pun dah jadi Perdana Menteri jugak. Wow!

“Cenderamata yang menarik daripada Julia G Bentley – gambar nostalgik bersama Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pierre Elliott Trudeau dan anak lelakinya, Justin Trudeau pada 1982.”

Mv5Bogfjndqzmzetyzc5Zs00Nwq4Lwfhnzgtzta2Njk2Zmvmowvjxkeyxkfqcgdeqxvynduzotq5Mjy@. V1 Sy1000 Cr0013191000 Al
sumber: blog

Dalam gambar tu Tun M ditemani oleh Menteri Hal Ehwal Luar Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amar Dr Sulaiman Daud. Siapa sangka Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pernah jumpa dengan Tun M dulu-dulu kan?

Sekarang Justin dah jadi Perdana Menteri Kanada yang ke-23. Kalau Tun M jadi PM tertua di dunia, Justin pulak PM kedua paling muda dalam sejarah Kanada. Lepas tengok gambar tu, ramai harap yang Tun M dan Justin akan jumpa semula tak lama lagi.

Oka
sumber: twitter

Waah, tak sangka Perdana Menteri Kanada pernah jumpa Tun Mahathir masa beliau jadi PM ke-4!

Baca: Ini Sebab Tun M dan Siti Hasmah Couple Favourite Ramai!

Sdss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.