in

Ini Sebab Tun M dan Siti Hasmah Couple Favourite Ramai!

Comel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena sambutan kelahiran Perdana Menteri yang ke 93 hari ni, satu video temu bual khas bersama Tun Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah dikongsikan oleh Astro Awani.



Macam-macam soalan ditanya oleh penemu bual cilik Kashika Selvam kepada pasangan favourite Malaysia tu termasuklah meminta mereka memilih di antara makan atau bekerja. Tak terkejut bila dua-dua pilih bekerja sebab dorang ni memang kerja kuat!

2 4
sumber: astro awani

Kashika juga ada bertanya perkara apa yang paling gila pernah dilakukan oleh Tun M dalam hidupnya. Sewaktu Tun M tengah fikir nak jawab apa, Tun Siti mencelah dan menjawab “Mengahwini saya!”. Tun M pun setuju dengan jawapan tu. Aww so sweet!

“Ya, ia menyeronokkan (mengahwini Tun Siti).”

Bila tanya pasal kelemahan Tun M, Tun Siti cakap ada satu je iaitu kerja kuat. Tun M ni terlampau kuat bekerja sampai kadang-kadang boleh lupa Tun Siti ada kat rumah. Alahai!

5 3
sumber: astro awani

Dalam banyak-banyak yang ditanya, ada satu ni mendapat perhatian ramai sebab Kashika minta Tun M peluk Tun Siti dan Tun Siti pulak kena cium pipi Tun M. Awww! Memang tersengih sorang-sorang admin tengok!

Sumber: Astro Awani

Comel je dorang ni kan? Lepas tengok video ni ramai puji kebahagiaan dorang yang memang jadi #relationshipgoals semua. Ramai jugak yang ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Tun M dan mendoakan semoga Perdana Menteri kita ni sentiasa sihat dan bertenaga.

Komen 2
sumber: facebook

Semoga Tun sentiasa diberikan kekuatan untuk mentadbir dan menjalankan tugas serta tanggungjawab kepada negara di masa akan datang. Semoga panjang umur dan Selamat Hari Lahir Tun M!

Baca: “Kita akan kembalikan kegemilangan Malaysia” – Tun M

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.