in

“Tak salah sebagai adik bongsu” – Chacha Maembong Jealskan Dirinya Seorang Yang Manja

Chacha2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan lalu, hari bersejarah buat pelakon Emma Maembong itu terpalit dengan satu kontroversi dimana foto  adiknya Chacha Maembong dicium abang ipar sendiri viral dan menjadi buah mulut orang ramai.


Susulan itu, Chacha Maembong akhirnya buka mulut berikutan dengan isu tersebut.

 

Tak salah sebagai adik bongsu yang baru dapat abang ipar dan kakak saya baru je ‘halal’”

Caca

Ketika ditemubual oleh Astro Gempak, Chacha menegaskan dirinya seorang yang manja dengan semua orang terutamanya dengan ahli keluarga sendiri.

“Saya adik bongsu dan saya sangat manja. Saya manja dengan family saya, saya manja dengan abang ipar saya semua, saya manja dengan semua orang yang saya rasa itu adalah keluarga saya.”

Tambahnya lagi, biarpun kes inimenjadi isu di alam maya, ia sebenarnya tidak ada sebarang isu timbul dalam keluarga mereka.

Mungkin kerana dirinya merupakan public figure, jadi  apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan nampak salah.

Katanya lagi, gambar itu merupakan satu gambar yang normal, dia juga ada kata ramai sahaja melakukan perkara yang sama.

“Tapi kenapa bila saya, semua orang macam gila-gila hentam saya?”

Baginya,kecaman yang dilemparkan kepadanya tidak memberi kesan kepadanya. Malah, dia membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja

So cara yang terbaik kita diamkan diri. Tak payah balas-membalas, kalau melawan pun nak buat apa so, i just keep it low,”

 

Baca : “Buy 1 free 1 ke ni?”- Gambar Bersanding EmmaxShazli Jadi Buah Mulut Netizen Sebab..

Cha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.