in

Kakak Meninggal Dunia, Wanita Kahwin Abang Ipar Demi Jaga Anak Saudara

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di Indonesia berkenaan sebuah video yang memaparkan perkahwinan di antara seorang lelaki dengan adik iparnya sendiri. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di Jakarta.


Kisah unik ini dimuat naik oleh seorang jurusolek bernama Fietry Kitty dalam akaun TikTok miliknya @fietrykitty.

Menerusi video tersebut, kelihatan sepasang pengantin sedang berjalan menuju ke pelamin yang kemudiannya ditemani oleh seorang kanak-kanak dipercayai anak kepada lelaki tersebut.

“Anak saya adalah anak saudara saya. Suami saya adalah abang ipar saya,” tulis caption di video tersebut.

Berdasarkan rakaman berdurasi selama 25 saat itu, pengantin perempuan yang memakai busana putih merupakan adik kepada isteri lelaki tersebut. Bagaimanapun, kakaknya meninggal dunia, meninggalkan suaminya dan seorang anak lelaki.

@fietrykitty

Takdir tidak ada yg tau… kmn arahx.. #fyp #turunranjang #takdircinta #pengorbanancinta #pengantinmadura #maduraviral

♬ BUKAN TAK MAMPU Reff – awanku.id

Difahamkan, wanita tersebut menerima lamaran abang iparnya kerana mahu meneruskan perjuangan membersarkan anak kakaknya itu. Malah, hubungan mereka turut direstui oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis perkahwinan tersebut berlangsung dengan lancar pada 18 Mac lalu di kawasan berhampiran Jambatan Suramadu. Sambung Fietry lagi, keluarga dan tetamu yang hadir berasa terharu ketika majlis resepsi berlangsung.

Tahniah kepada pasangan pengantin!

Kredit: Kosmo

BACA: Selipar Jepun Sebagai Mahar, Pasangan Indonesia Ini Selamat Bernikah. Mudah Dan Jimat!

Cats 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.