Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan penyanyi lelaki terkenal, Sufian Suhaimi difahamkan telah menghantar rombongan merisik seorang wanita yang menjadi pilihan hatinya.
Pun begitu, video yang tular itu telah mendapat perhatian seorang netizen yang mendakwa abang kepada bakal isteri Sufian telah berhutang dengannya.
https://www.tiktok.com/@hairamikayla/video/7292468501267107090?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=beautifulnara.com%2Fsuruh-bakal-adik-ipar-kau-bayar-individu-dedah-abang-bakal-isteri-sufian-suhaimi-berhutang-rm12k-penat-mengemis%2F&referer_video_id=7292468501267107090
Artikel berkaitan: Viral Video Di TikTok, Sufian Suhaimi Hantar Rombongan Merisik?
Artikel berkaitan: “Apa ni makcik? Ni gambar saya baru lepas menyelam” – Sufian Suhaimi Pening Dinasihat Makcik Instagram Kerana Berimej Selekeh
“Suruhlah bakal adik ipar kau bayarkan”
Menerusi satu perkongsian di X yang sudah dipadam, individu tersebut mendakwa bahawa dia sudah penat menagih hutang pada abang wanita tersebut yang sudah tiga tahun tidak melangsaikannya.
Hutang tersebut dianggarkan sebanyak RM12,000 dan dia juga meminta lelaki berkenaan menyuruh Sufian menjelaskan hutang itu selaku bakal adik ipar.
Dah 3 tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pon. RM12K tak sikit, banyak woi.
“Bila kau nak bayar hutang kau? Tak pon suruh bakal adik ipar kau bayarkan,” tulisnya.
“Dia tak ada abang”
Namun Sufian tampil menjelaskan keadaan menerusi akaun X dengan mengatakan bahawa bakal isterinya itu tidak mempunyai abang.
Malah katanya lagi, jikalau benar bakal isterinya ada abang sekalipun, mengapa pula bakal adik ipar perlu membayar hutang tersebut. Hah ada betul jugak!
kalau ada pun, engko suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa 🫠
— Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) October 23, 2023
Apa-apapun sehingga kini, tiada jawapan balas daripada individu tersebut berkenaan posting Sufian dan diharapkan isu ini telah pun selesai.
Sabar ye pian, dugaan bertunang lah katakan.
Sumber: X