in

“Saya dan fitnah macam bestfriend” – Emma Maembong Tak Melatah Dituduh Jadi ‘Swinger’

Untitled Design 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, heboh di media sosial terdapat dakwaan di mana terdapat seorang selebriti yang didakwa aktif dalam melakukan aktiviti swinger iaitu bertukar-tukar pasangan seks.


Nama yang terkait dalam khabar angin itu ialah pelakon, Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong. Pun begitu, pelakon yang berusia 31 tahun itu tidak melatah dengan khabar angin itu serta menyangkal sekeras-kerasnya.

Artikel berkaitan: “Ingat nak buat solidariti” – Emma Maembong Dikecam Berjoget Ketika Promote Hoodie Palestin

Artikel berkaitan: “Dia tanya kawan saya nak tak?” – Caprice ‘Up’ Isu ‘Swinger’, Ada Netizen Dedah Artis Femes Pun Terlibat?

553 1

Dalam laporan Kosmo!, dia berkata jika benar dia serta suaminya, Muhammad Shazli Azhar melakukan aktiviti tidak bermoral seperti yang digosipkan, sudah tentu namanya akan tular sejak dahulu lagi.

“Orang akan cakap saya macam-macam. Kalau perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya, buat apa saya respons? Saya tidak akan layan pun.

Saya tidak melatah sebab tuduhan itu memang tidak benar. Kalau betul, dari dulu lagi saya sudah viral,” katanya.

Pelakon Kimchi Untuk Awak itu bagaimanapun memilih untuk tidak memanjangkan isu ini kerana dia tidak mahu anak-anaknya terganggu dengan cerita sebegitu rupa apabila mereka meningkat dewasa dan sudah pandai membuat carian dalam internet.

Unnamed

“Saya sudah ada anak. Jadi saya tidak mahu nanti anak saya membesar dan baca berita tidak elok tentang ibu mereka. Kalau perkara kitu benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.

Banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dulu lagi. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak sebaik mungkin terpalit dengan macam-macam cerita.

Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya saya dengan fitnah sudah seperti bestfriend,” katanya.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya fitnah yang dilemparkan kepadanya melampaui batas.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.