in

“Kreatif habis!” – Wanita Cetak Resume Atas Kek & Hantar Kepada Nike Sebab Nak Mohon Kerja

Fbx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang proses dalam mencari pekerjaan ini seharusnya perlu berfikiran lebih kreatif lagi agar majikan akan tertarik untuk memilih kita menjadi sebahagian daripada syarikat.


Tak kisahlah dalam cara kita menghias resume ataupun dengan ayat-ayat yang bombastik, sekurangnya kita berusaha mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi kerjaya tersebut menjadi idaman kita sejak dulu lagi untuk diceburi.

Seperti baru-baru ini, seorang wanita telah mendapat perhatian ramai termasuk media antarabangsa apabila dia bertindak melakukan sesuatu yang kreatif semasa dalam proses mencari pekerjaan.

Wanita cetak resume atas kek dan hantar kepada Nike

Menurut NDTV, tular di laman LinkedIn Karly Pavlinac Blackburn yang merupakan seorang pakar IT telah berkongsi kisahnya cuba memohon kerja di sebuah perusahaan mulitnasional yang terkemuka iaitu Nike dengan memberikan sebuku kek yang dihiasi resume miliknya.

Screenshot 2022 09 29 At 12.06.07 Pm

“Minggu lepas saya mengantar resume saya yang dicetak di atas kek kepada Nike dan ia boleh dimakan. Kek itu dihantar ketika Nike mengadakan sambutan besar untuk hari Just Do It (JDI) yang dihadiri oleh LeBron James Colin Kaepernick serta ramai lagi.”

Jawatan kosong tidak dibuka, hanya minta Nike mengenali diri wanita tersebut

Menurutnya, dia mengatakan bahawa Nike tidak membuka sebarang jawatan kosong dan hanya berharap agar syarikat tersebut mengenali dirinya.

“Cara apa lagi yang terbaik daripada menghantar kek ke parti besar. Saya berfikir bersama dengan bekas rakan sekerja saya, Trent Garder dan dia mengatakan saya perlu menjadi lebih kreatif.”

Wanita itu kemudian mula berfikir untuk menghantar kek resume dan turut menjumpai sebuah kedai kek yang boleh merealisasikan impianya itu, meskipun dirinya tidak dijemput ke majlis tersebut.

Di akhir katanya, dia berterima kasih kepada salah satu penghantar barangan Instacart, Denise Baldwin kerana sudi membantunya dalam proses menghantar kek tersebut ke Nike.

Screenshot 2022 09 29 At 12.01.33 Pm

Semoga wanita ini berjaya mendapat kerja yang diidamkan!

Baca: Penjual Mengamuk Kek Rosak, Minta ‘Uncle’ Penghantar Makanan Ganti Balik Kerugian

Screenshot 2022 09 29 At 12.19.33 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.