in

‘Terforward’ Mesej ‘Yayang’ Dekat HR, Ramai Cadang Buka Kelas Buat Email Rasmi Di Universiti

fi HR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para pekerja yang terlibat dalam bahagian sumber manusia (HR) mesti dah banyak pengalaman terima permohonan kerja, ataupun email daripada students yang nak jalankan latihan industri (internship) kan?

Jadi, confirm korang dah banyak kali berdepan dengan macam-macam jenis gaya permohonan kerja melalui email betul tak? Ada yang memang perfect, tapi tipu lah kalau korang tak pernah jumpa permohonan yang teruk dan tak memuaskan…


Contohnya macam perkongsian daripada saudara Nik Akmal atau ‘Abang Resume’ ini melalui laman Twitternya, satu permohonan untuk menjalani latihan industri oleh seorang pelajar telah pun menjadi perhatian ramai apabila dia ‘terforward’ sekali dengan mesej daripada ‘Yayangnya’!

“Resume yayang saya. hihi”

Melalui perkongsian tersebut, pelajar ini mungkin terlepas pandang menghantar forward message daripada ‘Yayang’ itu sekali dengan email kepada HR syarikat yang dia ingin jalani latihan industri.

Walaupun nampak seperti agak kelakar, tetapi menurut Abang Resume ini, amalan kesilapan kecil seperti itu perlu dielakkan oleh semua ketika menghantar permohonan kerja mahupun permohonan penempatan latihan industri. Ia berkemungkinan boleh memberi tanggapan dan persepsi yang kurang baik daripada bakal majikan.

Pun begitu, ada juga segelintir daripada netizen yang berpengalaman berdepan dengan situasi sebegini telah meninggalkan komen dan pendapat masing-masing di ruangan replies.

komen hr 4

Di samping itu, ada juga yang mencadangkan agar kelas membuat email rasmi dibuka di universiti seperti mana pengajaran menulis surat rasmi diajar ketika di sekolah dahulu.

komen hr 8

Apapun, kesilapan kecil sebegini harus dielakkan semasa membuat email rasmi terutamanya bagi email penting. Buat double-check sebelum hantar email supaya takde lah ‘terforward’ email lain. Selamat maju jaya kepada semua!

Baca: Tak Reti Buat Resume? Guna 5 Laman Web Ini Dengan Hanya Isi Tempat Kosong

baca hr

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.