in

Tuah Kerja Gila! Lekat Resume Atas Bumbung Kereta, Youtuber Berjaya Tarik Perhatian Bos BBC

Ft Kerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang ada kerjaya yang diimpikan mungkin sejak kecil lagi, tapi dengan keadaan pandemik sekarang peluang untuk mendapatkan kerja pun semakin berkurangan apalagi nak dapatkan kerjaya impian.



Namun situasi sekarang bukanlah satu halangan buat lelaki berusia 25 tahun ini.

Max Fosh yang juga seorang Youtuber membuat kerja gila bagi membolehkan dia ambil bekerja sebagai penyampai radio di stesen Radio One.

Youtuber London ini dikatakan menampalkan resume bersaiz besar di atas bumbung kereta miliknya bagi mendapatkan perhatian pihak pengurusan stesen radio tersebut.

Bukan itu sahaja, Fosh dikatakan turut meletakkan kod QR dibahagian bonet hadapan kereta sekiranya pihak pengurusan berminat untuk melihat video temu ramah yang pernah dilakukannya lapor Daily Mail.

Fosh turut memarkir keretanya berhampiran studio milik syarikat tersebut.

 

Usaha ‘gila’ dapat perhatian

Kerja gilanya itu turut dimuat naik di akaun Twitter miliknya, @max_fosh, Khamis lalu dengan ciapan untuk menarik perhatian pihak pengurusan.

Hi @BBCR1, saya dah cetak resume pada kereta saya dan memarkir kenderaan itu di luar studio. Saya juga sertakan kod QR yang saya kira anda perlu tonton. 

Tindakan Fosh itu akhirnya berjaya mendapatkan perhatian bos BBC, Aled Haydn Jones yang menjemputnya ke pejabat untuk berbincang mengenai content yang boleh mereka lakukan bersama.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Walaupun tindakan Fosh mendapat kecaman hebat kerana dia dikatakan menggunakan popularitinya sebagai Youtuber untuk mendapatkan perhatian, namun masih ramai netizen yang memuji kreativiti yang dilakukan oleh lelaki ni.

Yang penting usaha, selebihnya bukan kuasa kita. Mungkin min pun dah boleh guna cara yang sama, siapa tahu ada rezeki kan?

Baca : Kerja gila!- Wanita Tergamak Potong Tangan Sendiri Semata-mata Nak Tuntut Insurans RM4.9 Juta!

Capture 17 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.