in

Tak Puas Hati Dibuang Kerja, Bekas Polis Jadi Ketua Geng Kongsi Gelap ‘Abang Long Balang’

Gangster Taik Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak puas hati dibuang kerja, seorang bekas anggota polis seolah-olah membalas dendam dengar menubuhkan satu kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Double Seven dan Geng 30.


Namun, kegiatannya akhirnya terbongkar lepas dia ditahan bersama empat lagi suspek kerana mengugut meminta wang perlindungan daripada seorang peniaga lori tanah dan pekerjanya pada 17 Mei lepas, lapor Harian Metro.

Gangster3
gambar hiasan

Dia yang dikenali dengan nama ‘Abang Long Balang’, serta rakan subahatnya, Lan Taro ditangkap bersama-sama dengan dua orang lagi suspek berumur dalam lingkungan 32 hingga 42 tahun. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat pihaknya menerima laporan pada Sabtu lepas oleh peniaga lori terbabit.

“Seorang pengusaha lori menerima maklumat pekerjanya ditahan sekumpulan lelaki dekat Olak Lempit, Banting, sebelum dia ke tempat kejadian dan berjumpa dengan ketua kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Abang Long Balang.

“Abang Long Balang mengugut mencederakan mangsa dan memaklumkan pengusaha lori terbabit perlu membayar wang setiap bulan sebagai wang perlindungan.”

Gangster4
gambar hiasan

Mangsa yang berusia 27 tahun kemudian dipaksa oleh ‘Abang Long Balang’ untuk masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda dan diperkenalkan dengan Lan Taro.

Ketika itu mangsa dipaksa membayar RM18,000 dan jika tidak patuh, suspek bersama gengnya akan membakar dan memecahkan semua lori mangsa dan lori rakan kongsinya.”

Siasatan awal mendapati suspek mengaku menyertai kumpulan kongsi gelap Double Seven dan Geng 30. Kumpulan ni dikatakan aktif dengan kegiatan pemerasan terhadap pengusaha lori di sekitar Banting dan daerah berdekatan.

Mereka yang menjadi mangsa diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan kerana kami mahu menghentikan kegiatan samseng seperti ini.”

Konon nak balas dendam tapi baru nak tunjuk samseng dah kena tangkap….

Baca: “Mula-mula minta RM500… lepas tu naik RM1100” – Digertak Kena Tangkap Basah, Polis Ronda ‘Kantoi’ Makan Rasuah!

Tangkap Basah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.