Terlibat dalam kes jenayah atau kena tahan dengan alasan yang paling tak masuk akal adalah antara perkara yang kita cuba elak sebab tak nak ada masalah dengan polis. Siapa je yang nak masuk lokap wehh?
Tapi baru-baru ni, 2 orang remaja hampir-hampir kena tahan di balai dan kena nikah on the spot jugak disebabkan pertuduhan yang mereka tak buat. Lebih menyedihkan, rupanya perkara ni adalah satu cara ‘polis’ tersebut untuk makan rasuah! Whaat?
“Kenapa some polis ronda di Malaysia tak boleh dipercayai? Based on true story, my friend’s experience”
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis menceritakan pengalaman buruk dialami rakannya dan teman lelaki ketika sedang bersembang di dalam kereta lepas pulang dari melepak di kedai mamak.
Katanya, sebelum nak naik ke rumah, pasangan ni chit chat la sekejap sehinggalah dorang tak semena-mena kena sergah dengan polis sampai disuruh pergi balai dan menikah malam itu juga!
“Mula-mula mintak RM500, lepas bincang harga makin naik sampai RM1100!”
Ingatkan betul-betul nak bawa budak-budak ni pergi nikah malam tu jugak, rupanya ‘polis ronda’ ini ambil kesempatan untuk minta rasuah dari budak-budak tersebut. Bila dah dapat RM1100, terus polis tu blah macam tak ada apa-apa berlaku. Cis! Macam tu pulak ye?
“Memanglah dalam Islam salah berduaan untuk bukan mahram tapi… polis peronda mengambil kesempatan”
Sebelum tangan korang bersedia nak tulis ayat-ayat kecaman, admin pun sama macam korang jugak memang tak bersetuju langsung dengan tindakan remaja ni berdua-duaan dalam kereta sebab perkara macam ini boleh menimbulkan fitnah. Malah netizen di Twitter juga ada persoal benda yang sama sebab maksiat boleh berlaku di mana-mana.
Macam manapun, rakan kepada mangsa ini jelaskan yang pasangan tersebut bukannya duduk di tempat gelap pun untuk dituduh buat maksiat dan kalau betul mereka salah, kenapa perlu minta rasuah? Kenapa tak bawa je ke balai untuk settle kes tersebut seperti yang mereka cakap awal-awal tadi kan? Erkk!
Ini tips daripada netizen kalau terjebak dalam masalah seperti ini
Macam manapun, kalau korang terjebak dengan masalah seperti di atas ni dan korang yakin korang tak bersalah, ikutilah tips-tips ini:
Nasihat dari akak admin mudah je, kalau tak nak terlibat dengan masalah seperti ini, janganlah adik-adik berdua-duaan dalam kereta sehingga menimbulkan fitnah. Dahlah lewat malam tu. Anggap ajelah perkara ni sebagai pengajaran kepada semua.
Bagi anggota polis yang terbabit pulak, hentikanlah ambil rasuah cara begini. Zaman media sosial sekarang ni, mudah je kisah busuk seperti tu tersebar. Aduhai!
Baca: Memalukan! Selebriti Taiwan Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular