in

“Tak perlu surat polis kalau naik kapal terbang ke Langkawi” – KJ

4Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19. Kelonggaran ini termasuklah kebenaran pelancongan domestik ke Pulau Langkawi, Kedah.



Screenshot 2021 09 12 At 2.19.06 Pm

Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter @KhairyKJ hari ini menjelaskan kekeliruan mengenai kebenaran rentas negeri bagi pelancong luar negeri Kedah yang berhasrat untuk ke pulau bebas cukai itu.

Screenshot 2021 09 12 At 2.07.16 Pm

Dalam laporan dari Astro Awani, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula 16 September ini, Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara. Ini juga termasuklah individu dari negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Walaubagaimanapun, kelonggaran ini tidak terpakai bagi individu yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD).

Pihak KKM dalam pada itu telah mengambil langkah proaktif bagi menghadapi kemungkinan berlakunya penularan Covid-19 di pulau berkenaan. In termasuklah penambahan katil unit kawalan rapi (ICU) dan bukan ICU bagi pesakit Covid-19 kategori 1 hingga 3.

 

Baca: Gelembung Pelancongan Domestik:  Ini Langkah Proaktif KKM Bagi Menghadapi Kemungkinan Penularan Covid-19

3Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.