in

“Tak payah beranganlah bro” – Netizen ‘Ketawa’ Alif Hadi Berangan Mahu Dekati Neelofa

Alofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum semua sudah tahu yang pelakon dan usahawan cantik jelita, Neelofa kini sudah single semenjak putus cinta dengan aktor Fattah Amin yang kini menjadi suami yang sah kepada Fazura. Bila sudah single, ramailah lelaki kacak, bergaya serta kaya raya ingin menyelami kolam hati Neelofa.

Meskipun ada kata-kata busuk yang telah menyenaraikan sebab mengapa Neelofa susah mendapatkan teman lelaki, namun ia tidak menghalang seorang aktor baru ini untuk mendekatinya. Terbaru, pelakon Alif Hadi dikatakan sempat meninggalkan komen berbaur romantis di Instagram Neelofa.


11am till 2pm? I’ll be in your heart forever…” 

2017 12 18 00.22.16
sumber: instagram

Terdahulu, Alif dan Neelofa telah berkenalan melalui sebuah drama terbaru lakonan Neelofa yang bertajuk di Red Velvet. Menurut Rotikaya, meskipun penggambaran drama tersebut sudah berakhir, kedua-duanya masih berhubungan sebagai sahabat di luar set. Hmm… teman tapi mesra ke?

21149418 127552921205352 7702035783854587904 N
sumber: instagram

Tindakan berani Alif dengan mendekati Neelofa secara terang-terangan ini telah mendapat pelbagai komen daripada peminat yang memujinya sebagai gentleman dan sweet dalam berkata-kata. Berani juga ya Alif ni! 

Lofalif 1

Ll
sumber: instagram

Namun begitu, tidak semua netizen berpendapat sedemikian. Ada juga yang minta Alif supaya berhenti berangan-angan dan kembali berpijak ke dunia yang nyata. Menurut netizen, Alif bukanlah taste Neelofa jikalau dia tidak berpoket tebal atau mempunyai pangkat yang tinggi. Ish, ish, ish netizen ni. Mana korang tahu Lofa macam tu!

Kutuk
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang ‘menasihatkan’ Alif supaya berhati-hati dengan ahli keluarga Neelofa yang dikatakan ‘celupar’ dalam berkata-kata. Takut nanti dia dituduh cuba mencuri populariti aktres tersebut pula.

Makian
sumber: facebook

Walau apapun, sehingga kini masih belum ada ura-ura yang mengatakan Alif Hadi dan Neelofa sedang menjalinkan hubungan cinta walaupun terdapat gosip yang mengatakan Neelofa kini sedang dilamun cinta dengan seorang individu misteri.

Namun jikalau benar Alif sudah berani untuk mendekati Neelofa dengan meninggalkan komen sebegitu, tidak salah rasanya kalau mereka berdua ingin bercinta. Masing-masing single dan ready to mingle kan? Manalah tahu jodoh Neelofa dengan Alif Hadi sebenarnya.

2017 12 18 00.17.06
sumber: rotikaya

Apa kata peminat Lofa? Korang setuju tak kalau Neelofa dengan Alif Hadi? Ataupun korang masih belum move on dengan Lofattah lagi? Rekalah satu gabungan nama baru untuk Alif dan Lofa pula! 

Baca: “Air mata terakhir buat #lofattah” – Neelofa Dimalukan Peminat Yang Masih Tak ‘Move On’

Lofattah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.