in

“I tak pakai baju dan air mani banyak atas perut I” – Wanita Dipukau dan Dirogol Lelaki Pura-pura Tanya Arah

Rogol33

Wanita zaman sekarang sudah diingatkan berkali-kali untuk sentiasa berhati-hati. Tak kiralah di mana mereka berada walaupun di hadapan rumah, manusia bertopengkan syaitan ini ada di mana-mana.

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman Twitter oleh @TOKhairul atau Khairul yang menceritakan pengalaman seorang gadis dipukau sebelum dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali.

Ini kali kedua aku dengar kes rogol pukau dari mangsa sendiri. I don’t think we can educate demons anymore. Take care girls. Jangan keluar malam bersendirian.” 

Pukau
sumber: twitter

Melalui screenshot perbualan di Twitter, kejadian malang itu sudah berlaku dua tahun lalu ketika gadis berkenaan baru berusia 26 tahun. Dia yang baru pulang dari kerja telah disapa seorang lelaki berkepala botak yang memakai Proton Wira hijau untuk bertanyakan arah. 

Namun selepas dari itu, mangsa tidak dapat mengingati akan apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia tiba-tiba tersedar dalam keadaan tidak berbaju dan air mani memenuhi bahagian perutnya. Aduhai! 

“Macam awak tahu awak kena rogol?” 

“Sebab I tak pakai baju dan air mani banyak atas perut I. Tak boleh jalan. I call kawan I pick up I dari situ,” jawab mangsa.

0609 Bm 5
sumber: twitter
0609 Bm 6
sumber: twitter

Perkongsian tweet ini telah mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata menasihatkan supaya wanita zaman sekarang perlu elakkan diri dari keluar berseorangan di tengah malam.

Combine Pukao
sumber: twitter

Malah ada juga yang mengingatkan untuk mengamalkan ayat pendinding seperti Ayatul Kursi dan lain-lain apabila keluar dari rumah. Semua ayat-ayat ini banyak fadilatnya kan? 

Doa Jangan Kena Pukau
sumber: twitter
Doa 1
sumber: twitter

Mudahnya wanita dirogol dan diperdaya oleh lelaki yang bernafsu syaitan sebegini. Dalam minggu ini saja, sudah ada beberapa kes yang melibatkan rogol remaja di bawah umur oleh lelaki yang mempunyai hubungan keluarga dan dikenali rapat. Apa sudah jadi dengan orang zaman sekarang? 

Diharapkan para wanita jagalah diri masing-masing sebaiknya. Lelaki pula janganlah ambil kesempatan jikalau orang perempuan baik dengan mereka. Tuhan menciptakan lelaki untuk melindungi wanita, bukannya menganiaya mereka. Ingat tu! 

Baca: Bapa Didakwa Rogol dan Liwat Anak Perempuan Berusia 15 Tahun Sebanyak 600 Kali

Rogols