in

“Tak nak percaya tapi…” – [VIDEO] Kelibat Lelaki Tak Berkepala Dirakam Atas Puncak Gunung Welirang

tak ada kepala di gunung welirang

Keterujaan merakam video pengalaman berada di puncak sebuah gunung di Indonesia baru-baru ini bertukar seram apabila satu kelibat pelik telah terakam di dalam video berkenaan.

Menerusi perkongsian Instagram @fakta.suroboyo, video yang tular itu memaparkan susuk tubuh seorang lelaki tidak berkepala dirakam dekat Gunung Welirang, wilayah Jawa Timur.

Gunung Welirang merupakan sebuah gunung berapi aktif dengan ketinggian 3,156 meter dari aras laut yang terletak di Mojokerto.

img 20180703 134138

Tak pakai jaket, badan menghadap kamera 

Dalan video itu juga, dapat dilihat sekumpulan lelaki sedang berdiri di puncak Welirang yang pada ketika itu sedang berkabus tebal dan masing-masing sedang menikmati pemandangan di sekitarnya.

Namun netizen terkejut apabila melihat di awal video, kelibat seorang lelaki berbaju lengan pendek dan tidak berjaket seperti pendaki lain yang memakai pakaian tebal kerana cuaca sejuk serta kabus yang tebal.

Malah agak menyeramkan juga apabila kumpulan pendaki di situ tidak menyedari kehadiran ‘orang’ berkenaan dan ‘orang’ itu juga dilihat menghadap ke arah kamera.

“Orang menunduk dipanggil setan” 

Video berkenaan menerima pelbagai komen dari netizen yang berpendapat kemungkinan besar lelaki misteri itu sedang menunduk, lalu ia terlihat seperti dalam keadaan tiada kepala.

Namun ada juga yang mengatakan kelibat itu terlihat mencurigakan kerana ia menghadap kamera dan tidak memakai jaket dalam cuaca sejuk.

menunduk

Korang rasa itu betul manusia ke ataupun makhluk halus? Seram juga bila tengok lama-lama kan… 

Baca: Beli Barang Kemas ‘Prelove’, Netizen Kongsi Pengalaman Seram Diganggu ‘Penunggu’

pusaka

Sumber: Catatan Alam