“Tak nak maafkan” – Gadis Bagi Kucing Hisap R*kok Buat Permohonan Maaf

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak nak maafkan” – Gadis Bagi Kucing Hisap R*kok Buat Permohonan Maaf

Sejak beberapa hari lepas, tular sebuah video dari negara jiran kita, Indonesia yang memaparkan seorang remaja perempuan bertindak memaksa seekor kucing jalanan menghisap rokok dan menghembus asap rokok ke muka bintang comel itu.

Video itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen dan mendapat kecaman yang hebat daripada mereka.

Artikel berkaitan: Tinggal Sendirian, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Bersama Bangkai Kucing Di Sampingnya

Artikel berkaitan: Kucing Kena Sawan & Maut Sebab ‘Overdose’ Ubat Kutu, Doktor Haiwan Beri Teguran

Terbaru, gadis berusia 18 tahun itu memuat naik sebuah video permohonan maaf berkenaan tindakannya itu selepas pihak polis menahan gadis berkenaan dirumahnya atas sebab penderaan terhadap haiwan.

Menurut laporan Berita Harian, gadis yang berasal dari Tebing Tinggi, Sumatera Utara, Indonesia itu memberitahu pihak polis bahawa dia bertindak sedemikian kerana ingin bergurau.

Dalam video permohonan maaf itu, gadis tersebut mengakui kesalahannya serta menyesali perbuatan tidak masuk akalnya itu, dia kemudiannya memohon maaf kepada masyarakat Indonesia atas aksinya yang keterlaluan itu.

Sebelum ini, dalam sebuah tangkap layar IG Stroy, gadis berkenaan dilihat sedang duduk di tepi jalan sambil merokok sebelum menarik seekor kucing dan memaksa haiwan itu menghisap rokok.

Lebih menimbulkan kemarahan, gadis berkenaan juga memegang kepala kucing itu lalu menghembuskan asap rokok secara direct sebelum melepaskan haiwan malang itu pergi.

Janganlah aniaya binatang guys…

Sumber: Berita Harian, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak nak maafkan” – Gadis Bagi Kucing Hisap R*kok Buat Permohonan Maaf
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-nak-maafkan-gadis-bagi-kucing-hisap-rkok-buat-permohonan-maaf/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM