Tinggal Sendirian, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Bersama Bangkai Kucing Di Sampingnya

Tambah ke Sumber Pilihan
Tinggal Sendirian, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Bersama Bangkai Kucing Di Sampingnya

Seorang wanita berusia 73 tahun ditemui  meninggal dunia dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya yang terletak di Kampung Kerdas, Gombak, Selangor semalam.

Perkara itu mula diketahui oleh seorang saksi, Nasaruddin Mohd Darwis, 59. Menurut saksi, wanita itu ditemukan meninggal dunia bersama kucingnya yang dipercayai sudah mati terlebih dahulu.


Artikel Berkaitan : Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans Sebab Tak Lepas Pagar, Individu Pegang Kunci ‘Lesap’

Artikel Berkaitan : Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Lepas Dikejar Anjing Liar

“Arwah dijemput Ilahi di samping kucing kesayangannya yang dipercayai terlebih dahulu mati. Memang pilu melihat keadaan kedua-duanya,” kata saksi kejadian.

Dalam pada itu, Ketua Kampung yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kerdas itu berkata, beliau menerima panggilan daripada jiran wanita itu pada jam 6.45 petang.

Jelasnya, wanita itu dikatakan sudah lima hari tak keluar rumah dan pada mulanya jiran itu menyangka dia ke rumah saudara kerana melihat pagar rumahnya telah dikunci dari luar.

“Tapi jiran berasa pelik bila terlalu lama sebab kebiasaannya hanya dua atau tiga hari. Selepas dapat panggilan, saya terus ke rumahnya tapi pintu berkunci lalu saya hubungi polis dan bomba sukarela meminta bantuan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi dan berjaya membuka pintu rumah kira-kira jam 8 malam. Apabila kami masuk ke dalam rumah, kami temui wanita itu terbaring di ruang tamu.

“Pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Di samping mayatnya kami temui bangkai kucing peliharaan wanita itu yang sudah mereput,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Nasaruddin lagi, wanita tersebut duduk bersendirian, dia tidak berkahwin dan hanya tinggal di rumah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Katanya lagi, wanita itu memang sudah lama uzur dan berjalan menggunakan tongkat, kali terakhir dia berjumpa  dengan wanita tersebut kira-kira tiga bulan lalu.

“Saya rapat dengan arwah dulu tapi sejak dia uzur dan jarang keluar rumah, memang kami tidak berjumpa.

“Selalu jiran yang menyewa berdekatan rumahnya itulah membantu membelikan barangan keperluan apabila diminta,” katanya.

Katanya, pihaknya telah membantu menguruskan jenazah arwah dan arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat, Gombak.

Sumber : Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tinggal Sendirian, Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Bersama Bangkai Kucing Di Sampingnya
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tinggal-sendirian-warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-bersama-bangkai-kucing-di-sampingnya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM