“Tak kira mahal atau murah” – Ini Sebab Kenapa Jurufoto ‘Sound’ Tetamu Yang Ambil Gambar Pakai Phone Sebagai Perosak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selama ni kita cuma fikir happy kita-kita je bila nampak kawan kahwin, sibuk nak bergambar dengan pengantin masa dia tengah bersolek bahkan di atas pelamin.

Jurufoto yang pengantin dah bayar tu kita abaikan je, ramai yang pandang remeh pasal hal ni sampai kita lupa yang kita ni sebenarnya dah susahkan kerja orang, kalau Amirahwani Rahimi tak beritahu, sampai bila-bila kita tak sedar.

 

Tolong simpan telefon pintar anda, tidak kira mahal mahupun murah

Sumber : Twitter

Bukan nak pertikaikan, tapi memang betul apa yang Amirah ni katakan, gambar yang kita rakam ni nilai tak berapa nak tinggi dibandingkan dengan jurufoto yang diamanahkan untuk merakamkan detik indah mempelai sebagai pengantin.

Sementara kita cuma nak upload di media sosial, itu pun dekat ig story je kan?

Agak terkilan bagi si mempelai dan jurufoto bila gambar yang sepatutnya cantik, dapat banyak gangguan.

Misalnya kalau pengantin tengah berarak, lepastu gambar pula tak jadi, takkanlah nak suruh pengantin pusing balik bejalan lagi kan? Bila ditegur tahu pula nak marah.

Ramai yang bersetuju dengan kata-kata Amirah ni, sebagai seorang jurufoto luahan Amirah ni mendapat 2.2K jumlah perkongsian.

Hurm, dugaan juga jadi jurufoto ni. Kadang-kadang ada yang diarah untuk minta ambil gambar dengan pengantin lepastu nak perli-perli mereka handphone mahal.

 

Baca : “Ya Allah, aku kena kuat sebab ini amanah”- Photographer Tunaikan Hasrat Terakhir Arwah Si Ibu, Hasil Gambar Buat Netizen Menitis Air Mata

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.