in

“Ya Allah, aku kena kuat sebab ini amanah”- Photographer Tunaikan Hasrat Terakhir Arwah Si Ibu, Hasil Gambar Buat Netizen Menitis Air Mata

Featured 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebak, sedih, pilu dan bermacam lagi perasaan bila kita terpaksa berdepan dengan situasi yang menyedihkan.


Perasaan itu juga yang dirasai seorang photographer ini ketika diamanahkan oleh seorang wanita untuk melakukan photoshoot bagi anak bongsunya seolah-olah dia mengetahui akan pergi buat selama-lamanya.

Perkongsian Zara Haleena di facebook ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya menitiskan air mata.

 

“Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah.”

https://www.facebook.com/zara.haleena/posts/10214017737459250?__xts__[0]=68.ARBxXlLjdf_YpE0Dfrdr9_afAscLmJr0Ots4_mW3EBorN987fzuB4COt3GNAN23_XWQc3P4oIxKUNDExpDuDIIM828VmElqQqnD8WAqeJE6xr9DK2f40nPevZ5PYyK6t82NAQYTofPYMraZjRpzEsn8FFOIIEgoNbUwft4mt_-7iMW-E8ZhL4YJZ_tiArx1Kchn0zl3DvfWME70MjQ&__tn__=-R

“Mommy ada kat syurga”

Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia.. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin utk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abg dan adik dia di syurga kelak..

Pada 19th April kami dtg ke rmh arwah di Ipoh. Seperti biasa anak2 arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu utk photoshoot.. Siap pegang tgn ajak masuk. Tolong angkat brg..?? Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yg menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing2 dah excited.

“Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir…”

“BABY EVA MIRANDA”

Kalau dulu setiap kali datang utk shoot, muka arwah yg pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tp hari ni kami dtg, rasa kosong sgt. Kosong sgt-sgt. Selalu kami sampai rmh clients mesti nk tgk baby dulu..Dirumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.

“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava..??

“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

“Kak Zara nk tgk baby Eva”

Aku selalunya mmg tak sabar nk tgk baby.. Tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sbb tak suka. Tapi aku takut aku akan menangis. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

????? Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat2 mengesat airmata ni supaya Intan tak tgk. Dada berdegup kencang sgt sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yg tahu.

Arwah selalu ingatkan org keliling dia…”Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”???

~ Arwah Elin~

Melihat ramai sgt yg membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.

Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… mmg arwah Elin mcm tau je dia nk pergi. Intan bg tau.. Kalau Intan berborak malam2 dgn arwah, Arwah selalu ingatkan org keliling dia…

“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”???

Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bg tau dlm keadaan sakit arwah gagah buat persiapan brg2 Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah mcm dah tau dia nak pergi dah…?? Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dh tersedia??

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima ksh utk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Utk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer utk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.

We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.

Al-Fatihah..

Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Arts

Ternyata perkongsian Zara di facebook telah membuatkan ramai yang sebak dan menitis air mata lebih-lebih lagi selepas melihat gambar yang dimuatnaik photographer tersebut.

Walaupun ia dimuatnaik semalam di facebook, posting ini telah menerima sebanyak 22k shares dan lebih 25k likes.

Ini antara foto-foto yang dikongsi Zara.

58751217 10214018806725981 6189595142563823616 N
Sumber : facebook

59022699 10214018805605953 4096998599626326016 N

58694129 10214018806485975 7242513285780602880 N

58654773 10214018805965962 1685329339995914240 N
Sumber : facebook

58543492 10214018805525951 285715883253301248 N

Sebagai manusia, amanah itu merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Bagi Zara, dia dah tunaikan amanah seperti yang diminta arwah.

Semoga suami dan anak-anak arwah terus kuat meneruskan kehidupan.

Baca : Ini gaji terakhir kak long boleh beri ibu.. Kisah Disebalik Tragedi Kemalangan Maut Tiga Beradik Perempuan Yang Menyayat Hati.

Kakak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.